Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 2,000 gaul ‘Lou Sang’ sepanjang 60 meter di Perak

-

LUMUT: Lebih 2,000 pengunjung termasuk pelancong asing tidak melepaskan­peluangmen­ggaul ‘lou sang’ atau ‘yee sang’ di atas meja sepanjang 60 meter pada program ‘Lou Sang Terpanjang di Perak’ di Marina Island, di sini, malam Sabtu.

Program anjuran sebuah resort di sini bersempena sambutan Tahun Baharu Cina itu dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Seorang pelancong Amerika Syarikat, Barbera Cole, 65, yang menyertai acara itu berkata dia tidak menyangka sambutan Tahun Baharu Cina diraikan oleh seluruh masyarakat Malaysia berbilang kaum yang bersama-sama menikmati hidangan tradisiona­l kaum Cina tersebut.

“Makanan ini sangat menarik dan tidak ada di negara saya,” katanya ketika ditemui pemberita pada program itu.

Lousangmer­upakanjuad­ah tradisiona­l masyarakat Cina yang dihidangka­n sebagai pembuka selera serta dianggap sebagai simbol penyatuan dan kemurahan rezeki yang akan diterima sepanjang tahun itu.

Seorang lagi pengunjung, Mamat Zainal, 30, berkata itu adalah kali pertama dia menggaul dan menikmati lou sang.-Bernama

“Sebelum ini saya cuma tengok dalam televisyen dan saya rasa macam biasa saja (menggaul lou sang), tetapi rupanya ia sangat seronok dan saya harap dapat menikmatin­ya lagi tahun depan,” katanya yang berasal dari Pahang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Marina Island Resort Ding Mei Looi berkata pihaknya tidak menyangka majlis tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai termasuk pengunjung dari luar negara.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia