Utusan Borneo (Sabah)

Tahun Baharu Cina: Polis sedia 2,000 cawan kopi

-

GUA MUSANG: Polis mengagihka­n 2,000 cawan kopi kepada pengguna jalan raya pada hari terakhir Op Selamat Tahun Baharu Cina di sebuah stesen minyak di Jalan Persiaran Raya, di sini, malam Sabtu.

Program ‘Jom Minum Kopi: Rehat Sebentar Segarkan Badan dan Hilang Mengantuk’ itu untuk memberi keceriaan kepada pengguna jalan raya khususnya mereka yang melakukan pemanduan jauh terutama dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Supt Abdullah Daud berkata, program itu adalah inisiatif Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan bagi menjaga keselamata­n pengguna jalan dan menggalakk­an mereka berehat sebenar sebelum meneruskan perjalanan.

Katanya, program seumpama itu diadakan setiap tahun musim perayaan kerana memahami masalah utama terdedah kepada kemalangan disebabkan pemandu mengantuk dan sekurang-kurangnya mereka berhenti rehat sambil minum kopi percuma yang boleh menyegarka­n badan.

“Bandar ini terletak di tengah-tengah perjalanan dari Gua Musang-Kuala Lumpur sudah semestinya setiap pengguna perlu rehat sebentar untuk keselamata­n,” katanya kepada media selepas pengagihan minuman kopi itu.

Program itu turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Ab Aziz Yusof, Pengerusi Majlis Belia Jajahan Mohd Asmawi Fikri Ab Ghani, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia