Utusan Borneo (Sabah)

Pahang bukti keupayaan, jadi pencabar utama Liga Super

-

KUANTAN: Mengutip enam mata menerusi dua kemenangan pada dua aksi awal membuktika­n Pahang lebih mantap dan menepati jangkaan ramai bakal menjadi pencabar utama pada saingan Liga Super musim ini.

Ketua Jurulatihn­ya Dollah Salleh berkata beliau berharap skuad bimbingann­ya itu dapat mengekalka­n momentum kecemerlan­gan dan terus konsisten sepanjang musim dalam memburu gelaran yang disasarkan.

“Pahang nampak lebih mantap berbanding tahun lepas yang mana kita bukan tidak mantap tetapi ada pemain utama mengalami kecederaan seperti Forkey Doe dan Patrick Cruz.

“Ia menyebabka­n impak bahagian depan agak kurang sedikit...namun kehadiran Dickson Nwakaeme dan Jose Eduardo pada musim ini membolehka­n Pahang tampil lebih kuat,” katanya.

Dollah berkata demikian kepada pemberita selepas tamat perlawanan antara Pahang dan Terengganu yang menyaksika­n skuad Tok Gajah menang bergaya 3-0 di hadapan penyokong sendiri di Stadium Darul Makmur di sini, pada Sabtu.

Gol Pahang diperoleh menerusi Dickson pada minit ke-13, Goulon Herold Mark (‘51) dan Norshahrul Idlan Talaha (‘91).

Beliau menambah Pahang tidak hanya bergantung kepada Dickson, namun kehadiran pemain import itu menjadikan rakan pasukannya lebih berkeyakin­an terutama di jentera serangan.

Mengulas mengenai perlawanan­itu,Dollahberk­ata barisan pemainnya bermain agak baik walaupun kurang berkualiti jika dibanding aksi terdahulu ketika bertemu Kuala Lumpur.

“Permainan kita longgar pada separuh masa kedua, terutamany­a antara minit ke-65 hingga ke-70 sebelum kembali bangkit...bahagian tengah hilang tumpuan dan gagal melakukan

hantaran kepada Dickson dan Eduardo.

“Pujian harus diberikan kepada penjaga gol kami, Remezey Che Ros kerana berjaya menjaga gawang dengan baik walaupun diturunkan bagi menggantik­an Helmi Heliza yang cedera pada saat akhir,” katanya.

Sementara itu, pengendali Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim berkata beliauakur­dengan kekalahan anak buahnya kepada pasukan yang kuat di tempat lawan.

“Separuh masa pertama kita bermain terlalu bertahan sehingga dihalang pasukan lawan untuk maju ke depan.

“Saya mengubahny­a pada separuh masa kedua yang membuka lebih banyak peluang, tetapi gol kedua pasukan lawan meranapkan moral kita,” katanya.

Irfan Bakti menambah masih terlalu awal bagi pasukannya untuk menyerah dan mereka perlu bangkit apabila berhadapan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan ketiga di halaman

sendiri nanti. -Bernama

 ??  ?? NWAKAEME meraikan jaringan gol ketika menentang Terengganu pada perlawanan Liga Super 2019 di Stadium Darul Makmur, malam Sabtu. -Gambar Bernama
NWAKAEME meraikan jaringan gol ketika menentang Terengganu pada perlawanan Liga Super 2019 di Stadium Darul Makmur, malam Sabtu. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia