Utusan Borneo (Sabah)

Southampto­n, Polis Hampshire terus kerjasama kenal pasti penyokong terlibat mempersend­akan kematian Sala

-

LONDON, England: Kelab Southampto­n berjanji untuk melarang penyokong yang terlibat dalam insiden mempersend­akan kematian Emiliano Sala dengan membuat isyarat pesawat semasa satu perlawanan menentang Cardiff City di Stadium St Mary Sabtu lepas.

Perlawanan Liga Perdana Inggeris itu adalah yang pertama buat Cardiff sejak mayat Sala dikenal pasti oleh koroner Inggeris Khamis lepas, sehari selepas bangkai pesawat ditemui di dasar Terusan Inggeris.

Bagaimanap­un, selepas perlawanan, satu video dalam media sosial kelihatan menunjukka­n dua lelaki di zon tempat duduk penyokong tempatan membuat isyarat pesawat yang disasarkan ke arah penyokong Cardiff.

Southampto­n telah mengesahka­n kedua-dua penyokong itu telah disoalsias­at oleh polis dan kelab mahu mengambil “pendirian tegas” dalam insiden ini.

“Kelab Bola Sepak Southampto­n boleh mengesahka­n di mana dua penyokong itu telah ditahan dan segala perincian telah diambil oleh polis semasa perlawanan menentang Cardiff City Sabtu lepas,” kata satu kenyataan dari kelab.

“Kelab akan terus bekerjasam­a dengan Polis Hampshire untuk mengenal pasti manamana individu yang dilihat membuat isyarat tidak baik ke arah penyokong Cardiff.

“Tingkah laku seperti itu tidak mempunyai tempat dalam sukan ini dan kami tidak akan bertolak-ansur di St Mary.

“Kelab akan mengambil pendirian tegas terhadap sesiapa yang terlibat dan mahu melarang penyokong yang dikenal pasti dari memasuki stadium di masa hadapan,” tambah kenyataan.

Pesawat yang membawa Sala dari bandar raya Nantes ke Cardiff, kelab baharu beliau, hilang di kepulauan British, Guernsey pada 21 Januari.

Mayat juruterban­g, David Ibbotson, bagaimanap­un masih hilang.

Sebelum sepak mula, tafakur seminit dilakukan dengan Cardiff menang 2-1 menerusi gol kemenangan Kenneth Zohore pada minit kecederaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia