Utusan Borneo (Sabah)

Guardiola gesa Fernandinh­o beralih ke posisi pertahanan tengah

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, percaya pemain tengah berbakat kelab, Fernandinh­o, boleh melanjutka­n kariernya di kelab dengan beralih ke posisi pertahanan tengah secara tetap ketika meningkat usia.

Pemain berusia 33 tahun itu merupakan pemain utama ketika kelab menikmati kejayaan pada dua musim terakhir dan juga pada musim ini ketika City cuba mempertaha­nkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Kemampuan beliau bermain di pelbagai posisi telah menyaksika­n beliau semakin beraksi dengan baik di posisi pertahanan tengah, satu tugas yang dilakukan dengan sangat berkesan ketika menewaskan Arsenal 3-1 minggu lepas.

Sekarang, Guardiola, yang melanjutka­n karier Javier Mascherano di Barcelona dengan pertukaran di posisi yang sama, percaya Fernandinh­o boleh mendapat faedah dari pertukaran posisi di England.

“Saya fikir beliau boleh bermain di posisi itu, saya yakin,” kata Guardiola menjelang perlawanan lewat menentang Chelsea.

“Beliau pantas, kuat di udara, bagus ketika membantu pertahanan dan juga ketika membantu serangan, hantaran beliau juga bijak dan tepat, pertukaran posisi ini cukup bagus sekali.

“Beliau bijak melakukan serangan dan bertahan, beliau memahami segala-galanya. Sudah tentu beliau harus berlatih lebih gigih lagi tetapi saya fikir beliau boleh melakukann­ya. Apa pun, posisi beliau ketika ini ialah pemain tengah.”

Guardiola kelihatan membuat satu pertaruhan minggu lepas apabila meletakkan pemain pertahanan tengah, John Stones di bangku simpanan dan sebaliknya menurunkan Fernandinh­o di posisi pertahanan tengah. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia