Utusan Borneo (Sabah)

Marsita percaya anaknya ditahan di Kemboja tidak bersalah

-

KUCHING: Marsita Mohamad, ibukepadaN­orRidwanaS­yahzani Hamddie yang merupakan antara 47 rakyat Malaysia yang ditahan di sebuah penjara di Kemboja kerana didakwa terlibat dalam permainan perjudian dalam talian percaya bahawa anak perempuann­ya itu tidak bersalah.

Ibu kepada lima anak itu yakin anaknya, Nor Ridwana, 21, tidak melakukan sebarang kesalahan di ngara asing tersebut.

“Saya tidak tahu bagaimana tuduhan itu berlaku tetapi saya percaya anak perempuan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya percaya dia tidak membuat perkara yang melanggar undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui di sebuah kediaman salah seorang ahli keluarga mangsa tahanan di Kemboja iaitu Zunita Sedini, ibu kepada Yusuf Islam Abdul Halik di Taman Long Seng di sini, pada Ahad.

Ditanya bagaimana perwatakan­a Nor Ridwana, Marsita, 48, berkata anaknya itu seorang yang pendiam tetapi sangat mesra dan mempunyai ramai kawan.

“Anak saya, Nor Ridwana seorang yang mendengar kata orang tua tetapi dia juga jenis yang tetap dengan pendirian.

“Apabila dia sudah membuat keputusan untuk melakukan sesuatu perkara, dia tetap akan teruskanny­a,” katanya.

Menurut Marsita, pertama kali dia mendapat tahu tentang hal yang berlaku pada anaknya di mana dia ditahan oleh pihak berkuasa di Kemboja adalah pada bulan lalu daripada anak lelaki sulungnya yang bekerja di Kuala Lumpur.

Selepas itu katanya, dia menerima panggilan daripada Kementeria­n Luar Negeri Malaysia pada hujung Januari lalu yang memaklumka­n dan seterusnya mengesahka­n anaknya, Nor Ridwana telah ditahan di Kemboja kerana didakwa terlibat dalam permainan perjudian dalam talian.

“Sebelum ini, anak lelaki saya memaklumka­n saya bahawa Nor Ridwana ditahan oleh pihak berkuasa di Kemboja setelah mendapat khabar berita daripada kawannya yang turut bekerja di luar negara. Sebab kenapa Nor Ridwana ditahan kami tidak tahu,” katanya

“Apa yang saya harapkan sekarang adalah untuk Nor Ridwana kembali dengan selamat. Justeru, saya benarbenar berharap agar kerajaan akan mendapatka­n kembali anak-anak kami dan membawa mereka pulang ke tanah air denggan selamat,” ujarnya.

Sementara itu, turut bersetuju dengan kenyataan Marsita yang percaya anaknya tidak bersalah, Zunita juga yakin anaknya, Yusuf tidak bersalah.

 ??  ?? MARSITA menunjukka­n gambar anaknya, Nor Ridwana yang ditahan di Kemboja pada sidang media di Taman Long Seng di Kuching.
MARSITA menunjukka­n gambar anaknya, Nor Ridwana yang ditahan di Kemboja pada sidang media di Taman Long Seng di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia