Utusan Borneo (Sabah)

Henry bina gerai untuk belia dari dua kampung berniaga

-

KUCHING: Semangat berniaga dalam kalangan belia Kampung Apar dan Kampung Tabong walaupun di tepi Jalan Kampung Apar-SegongSing­aiberhampi­ran Pusat REDEEM, menarik perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tasik Biru Datuk Henry Jinep apabila beliau tampil dengan inisiatif membina gerai di kawasan berhampira­n.

Dinamakan sebagai Tapak Gerai Kawasan Rukun Tetangga Apar/Tabong, ia akan memberi satu tempat berniaga yang lebih kondusif serta sesuai untuk belia amnya dari kedua-dua kampung berkenaan.

Menurut Henry, sebanyak RM20,000 diperuntuk­kan bagi membina kira-kira tujuh gerai di situ, yang berkeluasa­n 10 kaki persegi setiap satu.

Beliau berkata RM10,000 adalah diperuntuk­kan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional manakala RM10,000 lagi daripadany­a sendiri.

Katanya, kerja pembinaan yang dijalankan secara gotong-royong akan bermula tidak lama lagi dan dijangka siap menjelang April nanti.

“Saya selalu berulang-alik menggunaka­n jalan ini (Jalan Kampung Apar-Segong Singai) dan melihat ada anak-anak muda dari Kampung Apar dan Kampung Tabong berniaga di tepi jalan ini.

“Ia menjadikan saya rasa terpanggil untuk membuat sesuatu dan memberi tempat perniagaan yang sesuai untuk mereka, kerana selama ini mereka hanya menggunaka­n khemah persendiri­an dan tidak berapa sesuai untuk perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas merasmikan Tapak Gerai Kawasan Rukun Tetangga Apar/Tabong, yang turut disaksikan bekas ADUN Tasik Biru Datuk Peter Nansian dan Penghulu Petrus Tiwi barubaru ini.

Menjelas lanjut, Henry berkata antara perniagaan yang dijalankan di situ adalah hasil tani, kraf tangan, ternakan, burger dan sebagainya.

“Apabila tapak gerai ini siap nanti, saya berharap lebih ramai anak muda dari kawasan ini berniaga bersama-sama di sini.

“Untuk permulaan, gerai ini mungkin hanya dibuka pada hujung minggu tetapi kalau sambutan bagus, mereka (peniaga) boleh berniaga setiap hari,” katanya.

 ??  ?? HENRY menyempurn­akan perasmian Tapak Gerai Kawasan Rukun Tetangga Apar/Tabong baru-baru ini sambil disaksikan tetamu lain.
HENRY menyempurn­akan perasmian Tapak Gerai Kawasan Rukun Tetangga Apar/Tabong baru-baru ini sambil disaksikan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia