Utusan Borneo (Sabah)

Kesedaran saringan talasemia penting, perlu dipupuk

Kesedaran perlu dipupuk, terutama dalam kalangan remaja

- -Artikel Jabatan Penerangan

ORANG ramai terutama remaja 16 tahun ke atas digalak untuk membuat saringan ujian talasemia.

Yang Dipertua Persatuan Isteri Wakil-wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (PERWISA), Datin Seri Shuryani Shuaib, berkata galakan itu antara usaha bagi mengurangk­an bilangan pesakit berkenaan di negara ini khususnya di Sabah.

“Saringan kesihatan bagi mengetahui status pengidap atau pembawa talasemia adalah mustahak kerana akan menentukan zuriat pada masa akan datang supaya tidak diwarisi dengan penyakit ini.

“Melalui program hari ini, kita berharap akan dapat memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat tentang penyakit Talasemia yang merupakan penyakit genetik atau turun temurun.

“Selain itu, adalah untuk memberi semangat dan sokongan kepada mereka supaya dapat meneruskan hidup seperti orang biasa.

“Sokongan bukan sahaja kepada pesakit-pesakit ini tetapi juga kepada ibu bapa atau penjaga agar tidak putus asa menjaga pesakit talasemia,” katanya kepada media selepas Sambutan Hari Krismas 2018 dan Tahun Baru Cina 2019 PERWISA pada Rabu. Sementara itu, Presiden Talasemia Malaysia Sabah, Francis Mujim, berkata Sabah merupakan negeri tertinggi yang mempunyai pesakit talasemia. “Talasemia merupakan penyakit yang diwarisi apabila mangsa akan mengalami kekurangan darah dan memerlukan transfusi darah sebulan sekali atau dua kali sepanjang hayat. “Sejak kita mengadakan program-program kesedaran dan jangkauan, ramai yang telah tampil untuk mendapatka­n perkhidmat­an perubatan di hospitalho­spital dan berdaftar dengan persatuan iaitu lebih 1,800 orang. “Antara daerah yang mempunyai pesakit talasemia terbanyak adalah di Kota Marudu, Pitas dan Kudat. “Kita jangkakan lebih ramai yang akan tampil kerana telah ada pemahaman mereka mengenai penyakit ini,” katanya.

Turut hadir isteri Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sabah, Datin Seri Dr Jaina Sintian; Presiden Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah), Alix Sunggin dan Presiden Persatuan Kebajikan Melati Sabah, Linda Dunstan serta 100 pesakit Talasemia dan keluarga.

 ??  ?? Harga RM1.20
Harga RM1.20
 ??  ??
 ??  ?? FRANCIS (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Shuryani (kiri) sambil disaksikan oleh Jaina (dua kiri) dan Linda (dua kanan).
FRANCIS (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Shuryani (kiri) sambil disaksikan oleh Jaina (dua kiri) dan Linda (dua kanan).
 ??  ?? (Gambar atas) FRANCIS (kiri) memberi memberi penerangan berkenaan penyakit tersebut kepada Shuryani. (Gambar kiri) PESAKIT-PESAKIT talasemia dan keluarga bergambar kenangan bersama tetamu kehormat.
(Gambar atas) FRANCIS (kiri) memberi memberi penerangan berkenaan penyakit tersebut kepada Shuryani. (Gambar kiri) PESAKIT-PESAKIT talasemia dan keluarga bergambar kenangan bersama tetamu kehormat.
 ??  ?? SHURYANI (dua kanan) menyampaik­an angpau kepada pesakit-pesakit talasemia.
SHURYANI (dua kanan) menyampaik­an angpau kepada pesakit-pesakit talasemia.
 ??  ?? ANTARA yang hadir pada sambutan tersebut.
ANTARA yang hadir pada sambutan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia