Utusan Borneo (Sabah)

LHDN KUTIP RM51.57 JUTA

Menerusi PKPS di Sabah setakat 8 Februari

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Cukai tambahan dan penalti yang ditaksir menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) di Sabah sehingga 8 Februari lepas berjumlah sekitar RM51.57 juta.

Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Negeri Sabah Datuk Hajam Lajah Alam berkata, jumlah berkenaan melibatkan sebanyak 1,591 kes daripada 672 pembayar cukai pelbagai kategori di negeri ini.

Menurutnya, sebanyak RM437 juta kutipan disasarkan untuk PKPS seluruh Sabah tahun ini dan RM10 bilion di seluruh negara.

“Fasa pertama PKPS bermula 3 November 2018 hingga 31 Mac 2019 mengenakan penalti sebanyak 10 peratus kepada pembayar cukai.

“Bagi fasa kedua bermula 1 April hingga 30 Jun 2019, kadar penalti dikenakan sebanyak 15 peratus dan pembayaran perlu dibuat selewat-lewatnya sehingga 1 Julai 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Tanggungja­wab Sosial Sempena Tahun Baharu Cina Tahun 2019 anjuran Pejabat Pengarah Negeri Sabah dengan kerjasama Kelab Hasil Cawangan Kota Kinabalu di sini pada Rabu.

Hajam berkata, selepas 30 Jun 2019, penalti akan dikenakan sebanyak 80 peratus hingga 300 peratus mengikut undang-undang sedia ada.

“PKPS ditawarkan kepada semua kategori pembayar cukai dan kadar penalti akan dikurangka­n mengikut tempoh pengakuan sukarela dan bayaran cukai yang dibuat.

“Tawaran ini adalah satu peluang keemasan yang seharusnya diambil oleh para pembayar cukai dan ia selaras dengan usaha kerajaan untuk meringanka­n bebanan rakyat,” katanya.

 ??  ?? HAJAM (tengah) menyampaik­an sumbangan sempena Tahun Baharu Cina kepada penerima pada majlis itu.
HAJAM (tengah) menyampaik­an sumbangan sempena Tahun Baharu Cina kepada penerima pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia