Utusan Borneo (Sabah)

JPN nafi beri kad pengenalan kepada PTI di Sabah

-

KUDAT: Ketua Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Datuk Mohammad Razin Abdullah menafikan khabar angin kononnya ada pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah diberikan kad pengenalan atau sijil lahir.

Beliau berkata pengeluara­n kad pengenalan atau sijil lahir adalah berdasarka­n status kewarganeg­araan ibu dan bapa kepada kanak-kanak yang lahir di negara ini.

“Jika ibu dan bapa kanakkanak berkenaan bukan warganegar­a kita tidak boleh berikan sijil lahir seperti apa yang termaktub dalam perlembaga­an.

“Kalau ada dakwaan yang mengatakan kita mengeluark­an dokumen pengenalan diri kepada PTI, itu tidak benar dan hanya fitnah. Semua dokumen yang dikeluarka­n oleh JPN mengikut proses dan prosedur yang telah ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat pejabat JPN Kudat di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pelbagai dakwaan yang ditular di media sosial bahawa kerajaan memberikan dokumen pengenalan diri kepada PTI di Sabah.

Mengulas mengenai pengeluara­n kad pengenalan palsu yang didakwa berlaku di Sabah susulan penangkapa­n seorang lelaki warga Filipina memohon kerja menggunaka­n kad pengenalan palsu di sebuah syarikat di Kawasan Perindustr­ian Kampung Acheh, Sitiawan, Perak bulan lepas, Mohammad Razin berkata ia adalah perbuatan pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

“Memang ada kad pengenalan palsu namun kad pengenalan berkenaan sangat mudah dikenal pasti oleh pegawai JPN kerana ia tidak sama seperti kad pengenalan asli,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia