Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP Sandakan rampas 800 liter diesel, petrol

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Hasil risikan selama dua minggu, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sandakan berjaya merampas 800 liter diesel dan petrol dianggarka­n bernilai lebih RM61 ribu di sebuah stesen minyak di Batu 32, awal pagi Rabu.

Ketua Cawangan KDPNHEP Sandakan, Abd Muis Samsuddin berkata pihaknya merampas 600 liter diesel dan 200 liter petrol dari sebuah lori yang digunakan untuk mengangkut minyak berkenaan.

“Dalam risikan selama dua minggu, tiga anggota KPDNHEP membuat pemeriksaa­n ke atas sebuah lori kerana didapati melakukan transaksi pemindahan dan pembelian dalam kualiti banyak,” katanya.

Beliau berkata pemeriksaa­n kira-kira jam 12.06 pagi itu mendapati seorang lelaki sedang mengisi minyak ke dalam tong-tong dalam lori berkenaan.

“Kita percayai bahan api itu cuba diseleweng untuk dijual semula,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu

Abdul Muis berkata pihaknya juga mendapati premis tidak memiliki lesen atau permit untuk menyimpan bahan kawalan berjadual bahan api petroleum.

“Pihaknya mendapati nilai rampasan diesel dan petrol itu dianggarka­n bernilai RM61,704.52 ,” katanya.

Beliau berkata seorang lelaki berumur 44 tahun yang merupakan pemandu lori berkenaan telah diambil keterangan oleh pihaknya.

“Pihaknya mengambil tindakan terhadap premis berkenaan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI KPDNHEP memeriksab­ahanapidit­ong dalam lori berkenaan.
PEGAWAI KPDNHEP memeriksab­ahanapidit­ong dalam lori berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia