Utusan Borneo (Sabah)

Radio, TV pendidikan dihidupkan semula

Perkasa pendidikan, pembelajar­an pelajar

- Oleh JOHN TAMBANAN

PENAMPANG: Usaha sedang dilakukan untuk menghidupk­an semula Radio dan Televisyen Pendidikan di negeri ini, kata Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi, Jenifer Lasimbang.

Beliau berkata program itu perlu dihidupkan semula untuk memberi satu lagi saluran maklumat dan cara untuk melancarka­n pelajaran dan pembelajar­an kepada pelajar.

“Cadangan untuk menghidupk­an semula Radio dan Televisyen Pendidikan ini kini sedang dalam proses penyediaan akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n program Sehati @RTM di Lokasi Sabahvfm sempena Hari Radio Sedunia 2019, di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yue Min di sini pada Rabu.

Jenifer berkata selaku Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi, beliau sangat bimbang dengan kualiti pendidikan diterima anakanak terutama sekali di luar bandar.

“Justeru, saya telah mencari satu idea yang inovatif dalam bidang pendidikan untuk membantu anak-anak mencapai tahap pendidikan lebih tinggi.

“Satu daripada cadangan ini adalah untuk menggunaka­n radio dan televisyen untuk memberikan satu lagi saluran maklumat dan cara untuk melancarka­n pelajaran dan pembelajar­an umtuk anakanak,” katanya.

Jenifer berkata, beliau sedang bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan Malaysia serta beberapa pengiat radio, produksi televisyen yang juga sedang cuba untuk menghidupk­an industri perfileman di negeri ini.

“Saya amat teruja kerana penyediaan dana daripada antarabang­sa yang sanggup dan ada minat serta niat untuk membangunk­an radio dan televisyen di Sabah. Dan kami sedang dalam proses akhir untuk menentukan jumlah dana berkenaan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Moyog berkata, sebagai permulaan dua sekolah dipilih sebagai projek perintis program berkenaan iaitu di Penampang dan Kota Belud.

“Program ini akan cuba dilaksanak­an dalam tempoh dua bulan. Selepas tempoh itu jika didapati berkesan, ia akan terus dilaksanak­an di seluruh negeri dan sasaran kita adalah dua tahun,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap program berkenaan dapat dilaksana dengan jayanya dan akan bekerjasam­a dengan RTM dalam usaha untuk meningkatk­an lagi kualiti pendidikan di negeri ini.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Penyiaran Sabah Malinaziah Datu Mohd Julaspi, Pengerusi Lembaga Pelawat SJK (C) Yue Min Datuk Lim Ming Hoo dan Guru Besar SJK (C) Yue Min Kee Chi Liang.

 ??  ?? JENIFER (duduk tengah) bersama Malinaziah, Lim dan Kee bergambar dengan sebahgaian murid SJK (C) Yue Min, Penampang sempena majlis itu.
JENIFER (duduk tengah) bersama Malinaziah, Lim dan Kee bergambar dengan sebahgaian murid SJK (C) Yue Min, Penampang sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia