Utusan Borneo (Sabah)

Curi bekalan air, syarikat pembinaan dikompaun RM10,000

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Sebuah rumah kongsi milik syarikat pembinaan di Jalan Tanjung Batu di sini, dikesan melakukan penyambung­an secara haram untuk mencuri bekalan air.

Berdasarka­n kenyataan media Jabatan Air Tawau (JAT) pada Rabu, syarikat pembinaan terbabit turut diambil tindakan kompaun sebanyak RM10, 000.

Aktiviti terbabit terbongkar hasil daripada operasi pemeriksaa­n yang dijalankan oleh sepasukan penguatkua­sa JAT di kawasan rumah kongsi berkenaan pada Selasa.

Penyambung­an haram itu dikesan menggunaka­n pepasangan paip berukuran dua inci yang disambungk­an secara terus ke semua rumah kongsi milik syarikat berkenaan.

Operasi pemotongan penyambung­an haram oleh penguatkua­sa JAT di kawasan berkenaan juga selesai dilakukan dari jam 9.30 pagi sehingga 10 pagi pada hari sama.

Tindakan memotong penyambung­an haram bekalan air di kawasan itu dijalankan mengikut peruntukan menerusi Seksyen 53 Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003.

Berikutan itu, JAT meminta semua pengguna mematuhi undang-undang seperti yang termaktub di dalam enakmen terbabit atau berhadapan denda berat, jika dikenalpas­ti.

JAT turut menasihatk­an semua pengguna samada individu atau syarikat yang dikenakan kompaun supaya menjelaska­n bayaran denda masing-masing.

Jika gagal berbuat demikian, J A Ta kan mengambil tindakan mahkamah dan tidak menolak kemungkina­n proses pembuat penyambung­an meter baharu bertambah sulit.

Orang ramai yang mengetahui sebarang kes kecurian atau kebocoran paip air diminta melaporkan hal itu kepada JAT menerusi talian hotline 0195354600 atau 089761057.

 ??  ?? PASUKAN penguatkua­sa JAT mengesan kes curi bekalan air yang berlaku di sebuah rumah kongsi milik sebuah syarikat pembinaan di Jalan Tanjung Batu Tawau.
PASUKAN penguatkua­sa JAT mengesan kes curi bekalan air yang berlaku di sebuah rumah kongsi milik sebuah syarikat pembinaan di Jalan Tanjung Batu Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia