Utusan Borneo (Sabah)

Polis tangkap dua suspek enam kes curi bateri lori

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Polis menangkap dua suspek utama kes curi bateri lori yang disyaki mempunyai kaitan dengan enam kes di sekitar daerah ini semenjak tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata suspek pertama seorang lelaki warga tempatan, 37, manakala, suspek kedua pula, seorang wanita warga asing, 29.

“Mereka dipercayai bergiat aktif di sekitar kawasan Bandar Tawau, Batu 10 Jalan Apas dan Batu 3 kawasan perindustr­ian,” katanya, di sini pada Rabu.

Fadil berkata seorang pekerja besi buruk warga tempatan berusia 43 tahun turut ditangkap kerana dipercayai bersubahat dengan kedua-dua suspek terlibat.

Mengulas lanjut, beliau berkata kedua-dua suspek utama ditangkap di sebuah rumah penginapan di Jalan Dunlop, Bandar Tawau kirakira jam 7 malam, dua minggu lepas.

“Turut dirampas, sebuah kereta sewa, kabel bateri, sebuah amplifier, sarung tan gandan peralatan peralat anyang dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri bateri.

“Susulan penangkapa­n mereka juga membawa kepada rampasan tiga bateri yang dijual di sebuah kedai besi buruk dan penangkapa­n pekerja kedai terbabit,” katanya.

Menurutnya, rampasan dan tangkapan terhadap pekerja kedai berkenaan dilakukan oleh polis untuk membantu siasatan berhubung kes-kes yang dilaporkan.

Siasatan dibuka mengikut Seksyen 379 A (2) Kanun Keseksaan (KK) (curi komponen kenderaan), Seksyen 411 KK (memiliki/ menerima harta curi), dan Seksyen 414 KK (menghapusk­an harta curi). -

 ??  ?? SEBAHAGIAN bateri yang dirampas polis selepas menangkap kedua-dua suspek utama di sebuah rumah penginapan di Jalan Dunlop Bandar Tawau.
SEBAHAGIAN bateri yang dirampas polis selepas menangkap kedua-dua suspek utama di sebuah rumah penginapan di Jalan Dunlop Bandar Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia