Utusan Borneo (Sabah)

Penganggur dipenjara lima bulan simpan telefon bimbit curi

-

KUALA LUMPUR: Akibat menyimpan harta curi iaitu sebuah telefon bimbit milik seorang lelaki, seorang penganggur dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Majistret Umzarul An Nur Umar menjatuhka­n hukuman itu ke atas P. Ganesan ,30, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapny­a dan memerintah­kannya menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 18 Sept 2018.

Lelaki itu didakwa dengan curangnya menyimpan harta curi itu yang bernilai RM3,000 milik Mohd Zain Ithnin ,30, yang mana tertuduh tahu bahawa barang itu adalah harta curi.

Diamelakuk­ankesalaha­nitu di tepi Jalan Semilang, Taman Tenaga Cheras di sini pada 12.30 tengah malam, 18 Sept 2018 mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ruzanna Razali memohon hukuman setimpal manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.

Di Mahkamah Majistret berasingan, pengawal keselamata­n,M.AshokKumar ,36, didenda maksimum RM500 selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakua­n merusuh dengan menghentak meja dan membaling pen semasa berada di balai polis.

Majistret Siti Radziah Kamarudin juga memerintah­kan Ashok Kumar menjalani hukuman penjara lima hari sekiranya dia gagal membayar denda itu.

Dia melakukan kesalahan itu di dalam Balai Polis Masjid India, Jalan Masjid India Dang Wangi di sini pada 7.15 malam, 7 Feb lepas mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau dengan keduaduany­a.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia