Utusan Borneo (Sabah)

Media elektronik kekal sumber maklumat utama

Penghubung signifikan antara kerajaan dan masyarakat

- Oleh JOHN TAMBANAN

PENAMPANG: Media elektronik termasuk radio adalah medium komunikasi sangat berkuasa dan kekal sebagai salah satu sumber maklumat utama.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi, Jenifer Lasimbang berkata di Malaysia, radio meliputi 19.7 juta pendengar atau 95.7 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia.

“Justeru itu, radio tradisiona­l perlu terus berkembang maju dalam era digital,” katanya ketika berucap merasmikan program Sehati @RTM di Lokasi Sabahvfm sempena Hari Radio Sedunia 2019, bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yue Min, Penampang pada Rabu.

Jenifer berkata lanskap digital dan media mudah alih boleh dilihat sebagai penambahba­ikan hasil proses pendigital­an yang membolehka­n radio didengar di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Katanya, pendengar yang sering berulang-alik ke tempat kerja setiap pagi tidak lagi ketinggala­n untuk mengikuti rancangan radio kegemaran mereka. “Malahan, dengan

headphones, pendengar boleh beralih daripada satu peranti kepada peranti yang lain untuk mendengar siaran radio tanpa sebarang gangguan audio,” katanya.

Beliau berkata sebagai radio rasmi awam, tidak dinafikan Radio Malaysia Sabah SABAHVfm dan SABAHfm serta stesen-stesen daerah seperti Sandakanfm, Tawaufm dan Keningaufm memainkan peranan yang sungguh signifikan sebagai penghubung antara kerajaan dan masyarakat untuk membina masyarakat bermakluma­t dalam usaha menyampaik­an dasar-dasar kerajaan.

Sehubungan itu, katanya RTM perlu melakukan perubahan dengan mencari pendekatan baru yang boleh dijadikan landasan utama untuk meningkatk­an mutu penyiaran dan rancangan memandangk­an dunia kini semakin pantas berlalu dan berubah,” katanya.

Jenifer yang juga Ahli Dewan undangan Negeri (Adun) Moyog berkata, siaran radio sebagai medium meningkatk­an kefahaman terhadap perpaduan dan pembinaan negara bangsa bukan sesuatu yang baru.

Katanya, senario itu wujud sejak bermulanya radio sebagai alat komunikasi awam.

“Walaupun kemajuan pesat teknologi komunikasi dan penggunaan aktif media sosial masa kini, namun pengaruh radio masih relevan dan meluas,” katanya.

Beliau berkata, radio dianggap sebagai media yang mampu menyiarkan informasi yang berguna dan memuaskan walau hanya dilengkapi dengan unsur audio.

Katanya, siaran radio juga berfungsi sebagai salah satu saluran terbaik untuk mendedahka­n maklumat kepada masyarakat khususnya di kawasan pedalaman.

Katanya, Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah melalui siaran radionya seperti SABAHVfm, SABAHfm dan stesen daerah Tawaufm, Sandakanfm dan Keningaufm merupakan stesen radio awam yang berperanan menjadi media komunikasi rasmi kerajaan.

“Dimensi tujahan utama stesen ini termasukla­h mempromosi dan membuat liputan dasar, program dan aktiviti-aktiviti kerajaan khususnya dalam bidang sosioekono­mi, budaya dan perpaduan selaras dengan aspirasi visi negara,” katanya.

“Di Malaysia, radio meliputi 19.7 juta pendengar atau 95.7 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia. Justeru itu, radio tradisiona­l perlu terus berkembang maju dalam era digital. ”

JENIFER LASIMBANG Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi

 ??  ?? JENIFER (kiri) ditemubual oleh DJ Kadazanvfm, Dennis Primus (kanan).
JENIFER (kiri) ditemubual oleh DJ Kadazanvfm, Dennis Primus (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia