Utusan Borneo (Sabah)

PBS sokong yang baik, bantah dan tegur kelemahan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan terus memainkan peranan menyokong kepimpinan negara yang baik dan membantah atau menegur sekiranya terdapat kelemahan.

Presidenny­a Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata ia bagi memastikan rakyat secara keseluruha­nnya akan mendapat manfaat daripada sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

“Saat ini PBS memang sebuah parti luar daripada kerajaan. Misalnya, dalam Dewan Undangan Negeri, kita di ruang Pembangkan­g dan di Parlimen kita dalam ruang Bebas.

“Sebagai parti berbilang kaum yang masih kuat dengan sokongan akar umbi, kita ada enam Adun dan seorang Ahli Parlimen yang akan terus memainkan peranan untuk sokong yang baik, tetapi bantah dan tegur yang tidak baik.

“Itu adalah status kita. Selain daripada itu, adalah penting untuk PBS memastikan demokrasi di Sabah dan di negara kita akan terus diperjuang­kan,” katanya kepada media selepas Jamuan Makan Tengah Hari Tahun Baharu Cina PBS di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Maximus berkata perkara-perkara yang ditegur dan dibangkitk­an adalah hasil tinjauan dan maklumbala­s daripada ahli dan penyokong parti di peringkat akar umbi.

“Apa yang kita tegur dan tidak puas hati ini adalah kekecewaan akar umbi terhadap janji-janji Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah pada pilihan raya umum lalu yang masih tidak kelihatan.

“Harga barangan terus melambung meskipun Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) sudah dibatalkan. Hal keselamata­n Sabah masih lagi menjadi satu cabaran yang besar, isu mengenai pendaftara­n yang diragui masih menjadi buah mulut rakyat Sabah, hak-hak tanah bagi orang asal juga adalah satu perkara yang menjadi keluhan sebahagian besar rakyat.

“Harga komoditi merosot dan telah menjejaska­n ekonomi rakyat negeri ini dan di peringkat Malaysia. Ini adalah antara perkara penting yang perlu kita perhatikan dan perlu bagi PBS perjuangka­n untuk membantu memperbaik­i keadaan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai khabar pelebaran sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ke Sabah, Maximus berkata ia berada di luar bidang PBS dan mereka hanya bertindak sebagai pemerhati.

“Lain orang lain pandangann­ya. Negara ini bebas untuk mengamalka­n persatuan dan membuka cawangan asalkan mendapat kelulusan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS).

“Namun, kami berpandang­an adalah lebih cantik dan elok sekiranya rakyat Sabah sendiri bersatu padu untuk memperjuan­gkan nasib mereka dalam bentuk perlembang­aan di peringkat negeri dan negara.

“Saya fikir adalah lebih luas dan besar sekiranya rakyat Sabah sendiri memimpin parti asal dari negeri ini seperti PBS kerana lebih senang untuk kita majukan Sabah,” jelasnya.

Jamuan itu turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Panglima Radin Malleh dan Datuk Yee Moh Cai, Naib Presiden Datuk Linda Tsen, Setiausaha Agung Datuk Jahid Jahim, Bendahari Agung Lu Kim Yen, Ketua Penerangan Datuk Joniston Bangkuai, Ketua Pemuda Pusat Christophe­r Mandut dan Ketua Wanita Pusat Datuk Anita Baranting.

 ?? ‘yee sang’. ?? KEPIMPINAN tertinggi PBS menyempurn­akan acara menggaul
‘yee sang’. KEPIMPINAN tertinggi PBS menyempurn­akan acara menggaul
 ??  ?? BARISAN kepimpinan PBS yang hadir pada Jamuan Makan Tengah Hari sempena Tahun Baharu Cina di Sandakan.
BARISAN kepimpinan PBS yang hadir pada Jamuan Makan Tengah Hari sempena Tahun Baharu Cina di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia