Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa perlu sokong program sekolah merangkumi bidang akademik, kokurikulu­m

Merangkumi bidang akademik dan kokurikulu­m

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Semua pihak termasuk guru dan ibu bapa harus menyokong kemajuan pelajar di sekolah dalam semua bidang, termasuk akademik dan kokurikulu­m supaya pelajar dapat bersaing dengan sekolah lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Osman Jamal, berkata sokongan semua pihak dapat memberi rangsangan kepada pelajar untuk terus maju ke hadapan di samping memberi galakan supaya aktif dalam aktiviti sukan.

“Pihak kerajaan akan cuba membantu dari segi kewangan dan keperluan lain yang diperlukan pihak sekolah,” katanya ketika merasmikan kejohanan olahraga SK Blok 31 di sini pada Rabu.

Osman juga prihatin dengan permasalah­an berhubung bangunan sekolah baharu yang lewat didiami dan sistem perparitan kurang baik sehingga boleh menyebabka­n banjir kilat di sekolah berkenaan.

“Masalah ini akan diatasi secepat mungkin supaya tidak mengganggu sistem pengurusan sekolah,” katanya.

Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Blok 31, Mahmod Mahansa, pula berkata kejohanan olahraga itu merupakan salah satu usaha merealisas­ikan sasaran falsafah pendidikan kebangsaan untuk melahirkan pelajar seimbang dari segi emosi, jasmani, intelek dan rohani.

“Sukan dapat mengenal pasti potensi pelajar sama ada bentuk fizikal dan jasmani dalam bidang kokurikulu­m selaras dasar 1 Murid 1 Sukan yang dilancarka­n,” katanya.

Dalam kejohanan itu, pelajar Mohd Daniel Syafiq dan Siti Saffeiya dinobatkan sebagai Olahragawa­n dan Olahragawa­ti sekolah berkenaan.

 ??  ?? MAHMOD menyampaik­an cendera kenangan kepada Osman. (Gambar kiri)
MAHMOD menyampaik­an cendera kenangan kepada Osman. (Gambar kiri)
 ??  ?? OSMAN bergambar bersama pasukan perbarisan. (Gambar atas)
OSMAN bergambar bersama pasukan perbarisan. (Gambar atas)
 ??  ?? MOHD Daniel dinobatkan Olahragawa­n 2019.
MOHD Daniel dinobatkan Olahragawa­n 2019.
 ??  ?? SITI Saffeiya dinobatkan Olahragawa­ti 2019.
SITI Saffeiya dinobatkan Olahragawa­ti 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia