Utusan Borneo (Sabah)

Si bujang warga emas ceriakan majlis amal di rumah orang tua

-

BALIK PULAU: Seorang warga emas berusia 80 tahun yang menghabisk­an masa mudanya bekerja sebagai buruh, menceriaka­n acara amal yang dianjurkan oleh sebuah hotel lima bintang di rumah orang-orang tua Rumah Charis di sini dengan menunjukka­n bakat nyanyianny­a semasa sesi karaoke.

Steven Wong Pay Fatt yang masih bujang tidak berfikir panjang apabila penganjur menjemput mana-mana penghuni rumah itu yang ingin menyanyi, lalu terus ke biliknya mengambil sekeping cakera padat dan meminta pengajur sama ada mereka boleh memainkan lagunya.

Menjadi penghuni rumah orang-orang tua sejak berusia 70 tahun, Steven dilihat melawan usianya untuk menyanyika­n beberapa lagu Cina yang lama bagi menggembir­akan penghuni dan pelawat rumah itu pada Selasa.

Mengakui nyanyian merupakanh­obinya, pekerjaan lama beliau sebagai buruh juga telah membentuk beliau meminati kecergasan dan kini beliau sering bersenam walaupun sudah lanjut usia.

“Saya tidak kerap menyanyi di hadapan penonton sepanjang sembilan tahun saya tinggal di sini (rumah orangorang tua), tetapi apabila saya melakukann­ya, ia membawa saya ke masa lampau,” katanya ketika ditemui selepas sesi karaoke itu yang diadakan sebagai sebahagian daripada aktiviti anjuran Lexis Suite Pulau Pinang untuk membawa keceriaan kepada 25 warga emas di rumah itu.

Rumah warga emas itu menempatka­n mereka yang berusia antara 63 dan 92 tahun.

Beliau yang bekerja di Kuala Lumpur dan bersara pada umur 70 tahun, mengambil keputusan untuk tinggal di rumah orang tua di sana sehingga memutuskan untuk berpindah ke cawangan baharu rumah itu di Pulau Betong di sini untuk berada lebih dekat dengan saudara-mara. “Walaupun begitu, saya tidak pernah berpeluang menghadiri mana-mana majlis makan malam keluarga bersama mereka (saudaramar­a) semasa Tahun Baharu Cina,” katanya yang tetap gembira berada di rumah itu walaupun ‘ditakdirka­n seorang diri selamanya’ sebagai orang bujang.

Lexis Suite Pulau Pinang menganjurk­an majlis amal itu sebagai sebahagian daripada program tanggungja­wab sosial korporatny­a dan Pengurus Besarnya, Ben Ho turut menyampaik­an angpau, makanan dan barangan keperluan rumah kepada penghuni di rumah orangorang tua itu.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia