Utusan Borneo (Sabah)

AMANAH yakin mampu tawan kerusi DUN Beting Maro

-

KUCHING: Parti Amanah Negara (AMANAH) yakin mampu menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Keyakinan itu disuarakan berikutan peningkata­n ketara jumlah ahlinya sejak parti itu mula bertapak di Beladin semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Mei tahun lalu.

Pengerusi Penaja AMANAH Cawangan Beladin Kassim Rosli berkata, setakat ini 3,000 telah mendaftar sebagai ahli bagi cabang itu.

Tambahnya AMANAH Sarawak khasnya cawangan Beladin telah bersedia menghadapi tentangan hebat daripada calon parti lain terutama Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Sejak bertapakny­a AMANAH di sini iaitu bermula kempen Pilihan Raya Umum Mei tahun lalu, jumlah keahlian parti ini terus melonjak.

“Setakat ini, keseluruha­n ahli yang telah mendaftar dengan AMANAH bagi Cawangan Beladin ialah seramai 3,000 orang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pejabat AMANAH Cawangan Beladin di Kampung Beladin baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi Pilihan Raya AMANAH Nasional Datuk Wira Dr Mohamad Hatta Md Ramli dan Pengerusi AMANAH Sarawak Fidzuan Zaidi.

“Insya-Allah.., kami yakin ramai lagi penduduk di sekitar Kampung Beladin akan mendaftar sebagai ahli dalam masa terdekat ini atau menjelangn­ya musim Pilihan Raya Negeri nanti,” jelas Kassim.

Beliau berkata walaupun AMANAH parti baharu di Sarawak sejak penubuhann­ya tiga tahun lepas, namun ia merupakan gabungan parti kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah di peringkat persekutua­n.

Dalam pada itu, Kassim berkata, AMANAH Cawangan Beladin telah melaksanak­an beberapa program antaranya perlawanan futsal untuk belia, sukaneka dan pertanding­an mewarna untuk kanak-kanak sekolah.

“Di samping itu, kami juga telah mengadakan pameran bersama agensi kerajaan seperti kolej komuniti, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan sesi taklimat bersama FAMA.

“Sambutan daripada penduduk untuk menyertai program yang telah diadakan adalah menggalakk­an,” katanya sambil menambah program sedemikian akan terus diadakan di sekitar DUN Beting Maro dalam waktu terdekat ini.

 ??  ?? FIDZUAN menyampaik­an amanat kepada ahli AMANAH Cawangan Beladin pada majlis perasmian pejabat cawangan parti itu. Turut kelihatan Mohamad Hatta (tengah) dan Kassim.
FIDZUAN menyampaik­an amanat kepada ahli AMANAH Cawangan Beladin pada majlis perasmian pejabat cawangan parti itu. Turut kelihatan Mohamad Hatta (tengah) dan Kassim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia