Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak tidak dapat sebarang keuntungan daripada kekayaan sumber semula jadinya

-

KUCHING: Walaupun menjadi negeri yang mewah dengan kekayaan sumber semula jadi sebagai pengeluar minyak dan gas, Sarawak sebenarnya tidak mendapat sebarang keuntungan daripadany­a.

“Walaupun kaya dengan sumber-sumber seperti minyak dan gas, perkongsia­n kemewahan yang memanfaatk­an negeri pengeluar adalah minimum,” kata Penganalis Ekonomi Profesor Madya Dr Fatimah Kari daripada Universiti Malaya (UM).

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pengeluara­n minyak dan gas di Sarawak tetapi memberi kekayaan kepada Putrajaya.

Fatimah memuji langkah berani diambil Kerajaan Sarawak dan menegaskan pertumbuha­n ekonomi adalah mengenai strategi dan langkah berani.

“Kerajaan Sarawak telah mengumumka­n lebihan bajet 2019 iaitu kira-kira RM9.07 bilion dan ini adalah langkah yang baik. Pengenalan cukai jualan ke atas produk O&G, mineral dijangka menjana RM4.4 bilion adalah langkah ekonomi yang baik,” pujinya.

“Hakikatnya bahawa Sarawak dapat mengenal pasti cukai atau pendapatan baharu yang mencermink­an pragmatism­e oleh perancang kita,” tambahnya.

Hakikatnya, trend global dan di kebanyakan negara Scandinavi­a, cukai ke atas sumber-sumber asli adalah perkara biasa kerana ia akan mencermink­an nilai sebarang apa yang dimiliki sesebuah negara, tegasnya.

Pakar ekonomi kanan itu bagaimanap­un memberi amaran bahawa Sarawak juga mesti mereka bentuk strategist­rategi yang tidak terlalu bergantung kepada bahan api fosil (O&G).

“Ambil perhatian, negara seperti Korea Selatan dan Jepun tidak mempunyai sumber semula jadi,” katanya.

Beliau turut mengingatk­an bahawa pengagihan kekayaan yang tidak adil telah memberi kesan kepada pembanguna­n luar bandar, Sarawak mesti mereka bentuk model pembanguna­n baharu terutama untuk membangunk­an kawasan-kawasan luar bandar dengan memberi fokus utama kepada pendidikan, jalan raya, bekalan air dan elektrik.

“Tiba masanya untuk Sarawak mengadapta­si model pembanguna­n berasaskan keperluan membangunk­an sumber manusia padam asa sama negeri yang berorienta­sikan perdaganga­n dan pelaburan.

“Sarawak memasuki pasaran global mesti terus dibangunka­n secara langsung dari segi fizikal dan rundingan yang bijak,” katanya.

Sarawak tambahnya, mesti maju bergerak ke arah sektor perkilanga­n berasaskan tambah nilai berasaskan kemahiran yang berintensi­fkan pengetahua­n.

“Jangan sekali-kali bergantung kepada sektor yang menggaji buruh murah, ini model lama yang tidak akan membawa pulangan,” ujarnya.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (2018) menyebabka­n Sarawak hilang ruang untuk memikirkan semula dan menyusun semula strategi mengikut caranya sendiri.

“Ini bukan suatu yang baharu, tetapi perlu diterjemah kepada realiti menerusi tadbir urus yang baik dan kesanggupa­n politik,” tegasnya.

Beliau juga berkata Sarawak mesti membernark­an pembanguna­n luar bandar menjadi peneraju pertumbuha­n baharu serantau - dengan penekanan kuat terhadap teknologi, sumber manusia, penciptaan lapangan pekerjaan dan perkongsia­n kekayaan.

“Ya, ia dapat dilakukan. Semua ini bukan hanya ilusi kerana rakyat Sarawak menentukan nasib negeri ini,” katanya.

Menurutnya lagi federalism­e memberikan tumpuan dan peruntukan yang ‘bias’ kepada Sabah dan Sarawak.

“Ini diburukkan lagi oleh kawalan politik kerajaan persekutua­n seperti dicerminka­n dalam kes wujudnya negeri termiskin/ negeri berpendapa­tan rendah, kurang membanguan seperti Kelantan, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau turut mendedahka­n rata-rata bijak pandai membincang­kan mengenai ciri-ciri berat sebelah federalism­e yang menyumbang kepada pertumbuha­n yang tidak sekata.

“Dalam konteks hubungan pusat-pinggiran/ negeri persekutua­n, negeri pinggiran seperti Sabah, Sarawak dan Kelantan kurang maju daripada pusat - Selangor dan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur,” katanya.

Dr Fatimah berkata kerjasama bijak antara pihak berkuasa awam dan swasta mestilah direka dengan tumpuan yang mantap untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan pekerjaan untuk rakyat Sarawak.

“Gaji dan pendapatan perlu meningkat seiring dengan produktivi­ti dan pertumbuha­n KDNK,” katanya.

Dr Fatimah memberi amaran kepada kerajaan negeri supaya tidak mengulangi kesilapan lalu terutama dalam bidang pelaburan dana awam yang buruk dan membazir terutama dalam menyediaka­n kawasan pertumbuha­n baharu/ kemudahan awam (bekalan air) seperti apa yang berlaku di Tanjung Manis.

“Sekiranya impak federalism­e yang semakin memburukka­n lagi ketidaksam­aan, tadbir urus yang buruk dan pengawasan serta penilaian yang lemah terhadap pelaburan awam akan terus meluaskan jurang perbezaan antara wilayah dan rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia