Utusan Borneo (Sabah)

KTYS sedia program pembanguna­n belia Sabah

Lahir modal insan berkemahir­an, berbakat

-

KOTA KINABALU: Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) dijangka mewujudkan laluan baru bagi belia di Sabah menerusi penyediaan kursus pendek yang berkaitan dengan industri baru.

Perkara itu dimaklumka­n oleh Ketua Pegawai Eksekutif KTYS, Terence Chee semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Frankie Poon di pejabat menteri berkenaan, di sini pada Rabu.

Terence memberi jaminan kepada Frankie bahawa di bawah kepimpinan­nya, KTYS komited dalam peranannya untuk menyediaka­n latihan pendidikan teknikal dan vokasional kepada belia tempatan sejajar dengan inisiatif kementeria­n itu untuk melahirkan modal insan yang berkemahir­an dan berbakat untuk pembinaan negara.

Dalam pada itu, kementeria­n dan KTYS akan meneroka projek kerjasama masa depan untuk melatih lebih ramai belia berkemahir­an berkaitan industri.

Untuk tujuan ini, KTYS akan memberi tumpuan kepada bidang Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk menghasilk­an graduan dengan pengalaman praktikal dan kemahiran teknikal dalam bidang tertentu yang berkaitan dengan keperluan industri masa kini.

Pada asasnya, program ini melibatkan kajian teknologi selain daripada pendidikan umum yang akan menyediaka­n graduan dengan pengalaman praktikal yang diperlukan berkaitan dengan pilihan pekerjaan mereka.

Di samping itu, program ini didorong oleh industri di mana pelajar diberi pendedahan dalam industri koresponde­n untuk setiap semester dan dinilai mengikut prestasi perindustr­ian mereka.

Terrence berkata, KTYS sedang memuktamad­kan beberapa kursus pendek berkaitan industri baru yang ditujukan untuk lepasan sekolah PMR dan SPM.

Beliau berharap programpro­gram baharu KTYS akan menarik belia tempatan untuk melengkapk­an diri mereka dengan kemahiran yang relevan supaya mereka dapat memperoleh pekerjaan dengan industri.

Terrence juga memberi taklimat kepada Frankie tentang perkembang­an semasa kolej dan pelbagai kursus yang ada.

Katanya,kursus-kursusyang ditawarkan di KTYS adalah berkaitan industri selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri untuk meningkatk­an tahap pendidikan dan latihan kemahiran di Sabah.

Antara program yang ditawarkan di KTYS ialah Diploma Teknologi Automatif, Teknologi Pembinaan Bangunan dan Teknologi Elektrik.

Manakala di peringkat sijil adalah Perniagaan dan Kewangan, Teknologi Automatif, Pembinaan Bangunan, Teknologi Kimpalan, Pastry dan Kuliner, Juruteknik Elektrik dan Penyejukan & Penghawa dingin.

KTYS dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Sabah dan mempunyai dua kampus di mana pejabat utama terletak di Kampus Bandarya, Sembulan manakala Pusat Latihan Kemahiran dan Kampus Teknikal terletak di Likas.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Datuk Awang Damit Hj Awang Anak dan Pengurus Pembanguna­n Perniagaan KTYS Hilary Sibangun.

 ??  ?? TERENCE (kiri) berbincang dengan Frankie (tengah) dan Awang Damit (kanan) semasa kunjungan hormat berkenaan.
TERENCE (kiri) berbincang dengan Frankie (tengah) dan Awang Damit (kanan) semasa kunjungan hormat berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia