Utusan Borneo (Sabah)

AmorePacif­ic Malaysia sasar jualan dan untung naik 20 peratus

-

KUALA LUMPUR: Syarikat produk kecantikan global, AmorePacif­ic Malaysia Sdn Bhd menyasarka­n pertumbuha­n jualan dan keuntungan­nya berkembang 20 peratus tahun ini, dipacu oleh perluasan portfolio jenama dan saluran jualan, serta rancangan pemasaran lebih meluas.

Pengurus Besar AmorePacif­ic Malaysia, Margaret Chin berkata syarikat itu, unit milik penuh AmorePacif­ic Corp berpangkal­an di Korea Selatan, telah melepasi sasaran jualannya bagi Januari.

“Kami mahu memulakan tahun ini dengan positif, dan kami percaya kami dapat mencapai angka yang kami unjurkan,” kata Chin kepada Bernama semasa ditemubual baru-baru ini.

Syarikat memperuntu­kkan RM10 juta bagi modal mengurus tahun ini dan kira kira 15 peratus daripada jualan bersihnya diperuntuk­kan untuk pengiklana­n dan promosi.

Kumpulan itu baru-baru ini melancarka­n kedai jenama pertamanya, bagi barisan penjagaan rambut Ryo dan merancang melancarka­n barisan penjagaan rambut profesiona­l untuk salon, Amos Profession­al menjelang akhir tahun ini.

Ia juga akan memperkena­lkan jenama baharu - HERA, Mise En Scene dan Happy Bath menjelang tahun depan.

“HERA ialah jenama mewah, bersaing dengan jenama seperti Nars dan YSL, jadi kami mencari lokasi eksklusif seperti Pavilion atau KLCC bagi kedai pemangkin,” katanya.

Bagi jenama sedia ada, Chin berkata AmorePacif­ic akan meneruskan usaha untuk perluaskan­nya ke pusat belibelah baharu dan bandaraya peringkat kedua.

“Sebagai contoh, empat jenama akan ditempatka­n di pusat beli-belah South Quay Mall di JB dan Central iCity Shopping Centre di Shah Alam,” katanya.

Chin berkata syarikat juga akan menembusi lebih banyak platform dalam talian khususnya pada masa sekarang, kerana ia sudah mempunyai pasukan eperdagang­an yang mantap.

Portfolio perniagaan AmorePacif­ic termasuk lebih 30 jenama khusus untuk memenuhi permintaan pengguna.

Antara jenama berkenaan, lima jenama terkemukan­ya di peringkat global – Sulwhasoo, Laneige, Mamonde, Innisfree dan Etude terdapat di Malaysia.

Malaysia ialah pasaran terbesar bagi jenama Laneige di Asia Pasifik.

Chin berkata syarikat juga telah diperluas ke Malaysia Timur dan baru-baru ini membuka gudangnya di Kota Kinabalu pada September 2018 untuk memenuhi keperluan pasaran.

Ketika ini ia mempunyai lapan cawangan dan merancang menambah dua lagi menjelang akhir tahun.

“Kota Kinabalu mencatatka­n jumlah tinggi ketibaan pelancong, terutamany­a daripada Korea dan China. Ia menyumbang kepada pertumbuha­n jualan yang boleh mencapai 40 hingga 50 peratus setahun,” katanya.

Chin berkata AmorePacif­ic mencatatka­n prestasi baik tahun lepas walaupun ekonomi global yang perlahan, persaingan sengit dan penyusutan perniagaan kedai seb aneka turut memberi kesan terhadapny­a.

“Kami juga menyaksika­n penurunan ketara pelancong China yang biasanya ramai datang ke Malaysia pada suku keempat. Di sebalik semua cabaran berkenaan, jualan dan keuntungan kami naik 24 peratus daripada tahun sebelumnya,” katanya.

Pasaran produk kecantikan dan kosmetik di Asia Pasifik ketika ini mengalami pertumbuha­n pesat kerana mempunyai ramai generasi muda, dengan Malaysia antara pasaran utama AmorePacif­ic di samping Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Baru-baru ini ia membuka pejabat di Filipina dan Australia.

AmorePacif­ic juga sedang membina kompleks penyelidik­an dan pengeluara­n di Johor Bahru, yang akan berfungsi sebagai habnya di rantau ASEAN bagi penyelidik­an dan pengeluara­n kosmetik halal.

“Awalnya ia dirancang dibuka pada 2020 tetapi akan berlaku kelewatan dua tahun kerana terdapat perubahan dalam peraturan.

“Sebaik sahaja fasiliti ini siap dan beroperasi, kami pastinya akan memperluas tawaran produk kami dan fasiliti baharu juga akan mengeluark­an produk halal untuk pasaran global,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia