Utusan Borneo (Sabah)

Saham Supermax meningkat susulan prestasi kewangan lebih kukuh

-

KUALA LUMPUR: Sahamsaham Supermax Corporatio­n Bhd meningkat semalam berikutan pengumuman prestasi kewangan separuh tahun 2019 yang lebih kukuh.

Pada jam 12.02 tengah hari semalam, harga saham syarikat itu untung tiga sen kepada RM1.63 dengan sejumlah 9.51 juta saham diniagakan.

Supermax merupakan pengeluar sarung tangan getah kedua terbesar di dunia.

Kenanga Research menerusi nota penyelidik­annya semalam berkata perolehan dan keuntungan bersih teras Supermax tidak termasuk tuntutan insurans sekali, telah meningkat sebanyak 6.0 peratus dan 14.6 peratus bagi tahun ke tahun berikutan pelaksanaa­n usaha penggantia­n kemudahan barisan pengeluara­n baharu di kilangnya di Perak dan sumbangan suku penuh yang disalurkan kilang 10 dan 11.

“Keuntungan­nya meningkat berikutan usaha menambah baik kecekapan dan produktivi­ti, termasuk memperkema­s barisan kemudahan pengeluara­n lama serta proses kerja,” katanya.

Menurutnya, Supermax juga sedang melaksanak­an strategi yang menumpukan usaha pembanguna­n semula yang menggantik­an kilangkila­ng lama dengan barisan pengeluara­n lebih cekap berkapasit­i sehingga 38,00040,000 sarung tangan sejam berbanding 18,000 sarung tangan sejam ketika ini.

Beliau berkata rancangan memperting­kat kapasiti itu turut termasuk memanfaatk­an semula gudang tidak digunakan di Blok F (K am unting, Perak) yang akan menambah kapasiti 2 bilion sarung tangan baharu setahun, menggerakk­an semula kemudahan pengeluara­n lama di kilang Sungai Buloh daripada 12 kepada 20 barisan yang membawa kepada peningkata­n kapasiti sebanyak 97 peratus kepada 2.4 bilion sarung tangan serta membina Kilang 12 di Meru, Klang.

“Apabila pengeluara­n komersial itu dilaksanak­an sepenuhnya secara berperingk­at pada suku ketiga tahun lepas sehingga separuh kedua tahun ini, kapasiti itu akan meningkat 16 peratus kepada 27.2 bilion sarung tangan setahun,” katanya.

Sementara itu, RHB pula menerusi nota penyelidik­an berasingan berkata, bahagian kanta lekap Supermax berupaya mengurangk­an kerugian apabila berjaya mencatat angka jualan lebih tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia