Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia mampu catat pertumbuha­n KDNK 4.8-4.9 peratus pada 2018: Ong

-

KUALA LUMPUR: Malaysia mampu mencapai pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar (KDNK) antara 4.8 peratus dan 4.9 peratus pada 2018 berdasarka­n angka-angka ekonomi yang dicatatkan baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Dr Ong Kian Ming.

Beliau berkata sektor pembuatan akan terus memacu eksport dan ekonomi negara walaupun menghadapi cabaran semasa susulan pertikaian perdaganga­n ASChina.

“Kami juga mengambil maklum angka indeks pengeluara­n industri barubaru ini.

“Beberapa bank seperti Standard Chartered menunjukka­n keyakinan mereka terhadap pertumbuha­n KDNK bagi 2019,” katanya kepada pemberita selepas bicara tengah hari anjuran Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd (MIDF), di sini semalam.

Bank Negara Malaysia akan mengumumka­n data KDNK suku keempat 2018, hari ini.

Sementara itu, Ong berkata negara akan dapat menangani cabaran dan terus berkembang tahun ini berikutan dasarnya yang baik.

Beliau diminta mengulas mengenai indeks sentimen perniagaan pada Disember 2018, seperti yang diumumkan oleh Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER) baru-baru ini.

“Saya percaya indeks keyakinan perniagaan itu berasaskan tinjauan yang mungkin tidak mencermink­an angka sepenuhnya, namun sudah past kita perlu mengambil maklum mengenai penurunan dalam sentimen perniagaan.

“Selagi kita dapat menangani kebimbanga­n ini menerusi dasar yang baik, angka yang baik, saya yakin kita dapat meyakinkan komuniti perniagaan,” katanya.

Menurut MIER, indeks sentimen pengguna susut 10.7 mata kepada 96.8 pada Oktober hingga Disember 2018 berbanding 107.5 pada suku sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia