Utusan Borneo (Sabah)

Delegasi pengamal media Indonesia lawat Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil

-

KUALA LUMPUR: Delegasi pengamal media dari Indonesia pada Rabu melakukan lawatan ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil di sini bagi mendapat gambaran yang jelas mengenai warga negara itu yang ditahan di depot berkenaan.

Lawatan oleh 22 pengamal media itu dimulakan dengan taklimat oleh Timbalan Komandan Depot Md Noor Mohd Isa diikuti sesi soal jawab daripada media mengenai peranan dan tanggungja­wab depot itu.

Md Noor berkata tahanan yang ditempatka­n di depot itu sentiasa dijaga dengan baik oleh kerajaan dan kebajikan mereka seperti makanan, kesihatan dan hak asasi manusia sentiasa diberi perhatian oleh kakitangan Jabatan Imigresen.

Beliau berkata antara kemudahan yang diberikan ialah makanan empat kali sehari, penjagaan kesihatan dan pemberian vaksin oleh Kementeria­n Kesihatan, pertemuan bersama keluarga setiap minggu, penjagaan riadah dan pembelajar­an kepada anak-anak tahanan.

Kira-kira 600 tahanan warga Indonesia ditempatka­n di depot berkenaan atas kesalahan Imigresen seperti permit kerja tamat tempoh dan tinggal lebih masa yang ditetapkan.

Depot yang dibina di kawasan seluas 3.67 hektar (9.192 ekar) dengan kos RM14 juta, mula beroperasi pada 2008 dengan kapasiti kira-kira 2,000 orang tahanan pada satu masa sebelum mereka dihantar pulang ke negara asal masing masing.

Lawatan ke depot itu juga dapat memberikan gambaran jelas mengenaui layanan baik kerajaan Malaysia terhadap semua tahanan khususnya tahanan warga Indonesia yang ditempatka­n di depot seluruh Malaysia.

Seorang wartawan Rakyat Merdeka, Firsty Hestyarini berkata sebelum ini beliau cukup risau tetapi selepas mendengar taklimat hari ini ternyata Depot Tahanan Imigresen memberikan layanan cukup baik terhadap tahanan seperti memberikan perhatian terhadap kanakkanak dan penjagaan kesihatan.

“Saya berharap ia dapat ditambah baik dengan kerjasama kedua belah pihak (Malaysia dan Indonesia) supaya tahanan ini dihantar pulang dengan segera ke Indonesia setelah semua dokumen siap diisi,” katanya.

Delegasi pengamal media dari Indonesia itu kini dalam lawatan muhibah selama tiga hari ke Malaysia anjuran Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia( I s wa mi) Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia