Utusan Borneo (Sabah)

Ranau belasah Kuala Penyu 5–0

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Pasukan KDM Ranau membelasah pasukan KDM Kuala Penyu 5 - 0 pada perlawanan bola sepak Piala KDM Malaysia 2019 bagi pertemuan Kumpulan D di Padang ‘A’ Kompleks Sukan di sini, baru-baru ini.

Pemain sensasi KDM Ranau, Albert Sungib berjaya menjaringk­an dua gol dan satu gol lagi terhasil melalui rembatan kencang Matlan Jaimin menjadikan kedudukan 3 - 0 pada separuh masa pertama.

Dua gol pada permainan masa kedua masing-masing hasil jaringan Azizul Linus, sementara gol kelima terhasil akibat kesilapan salah seorang pemain pertahanan Kuala Penyu yang tertolak bola masuk ke gawang sendiri untuk memastikan KDM Ranau menang selesa 5 - 0.

Pasukan KDM Ranau bimbingan jurulatihn­ya yang juga mantan penjaga gol Liga Simpanan Sabah (Safa), Austin Orou, sebelum itu telah memenangi beberapa siri perlawanan dan layak mewakili kumpulan D ke perlawanan seterusnya.

K D M Rana u dipimpin ketua pasukannya Dauri Dolumin manakala KDM Kuala Penyu diketuai Al-Hakim Al-Hadi.

Kumpulan D membariska­n empat pasukan iaitu KDM Ranau, KDM Papar, KDM Kuala Penyu dan KDM Kadamaian dan pemenangny­a bakal berentap dengan pemenang pasukan kumpulan lain termasuk Kumpulan A iaitu pasukan KDM Bandaraya, KDM Sepanggar, KDM Kiulu dan KDM Sipitang.

Kumpulan B dibarisi KDM Penampang, KDM Kimanis, KDM Kota Marudu, KDM Sook manakala KDM Kudat, KDM Putatan, KDM Liawan dan KDM Pitas diletakkan dalam Kumpulan C.

KDM Telupid, KDM Karambunai, KDM Labuan, KDM Kundasang berada dalam Kumpulan E, manakala Kumpulan F pula ialah pasukan KDM Sugut, KDM Keningau, KDM Inanam dan KDM Sandakan.

Pasukan yang diletakkan dalam Kumpulan G ialah KDM Kepayan, KDM Tongod, KDM Kemabong dan KDM Kota Belud, sementara Kumpulan H pula ialah KDM Semporna, KDM Lahad Datu, KDM Melalap dan KDM Tambunan.

Kejohanan tahunan berprestij itu melibatkan sejumlah 32 pasukan bersaing dalam lapan kumpulan pada saingan awal peringkat kumpulan, sebelum mengecil kepada 16 pasukan pada saingan pusingan kedua apabila hanya dua pasukan dari setiap kumpulan layak ke pusingan kedua, manakala dua pasukan yang menghuni dua tempat tercorot dalam setiap kumpulan terpaksa tersingkir.

Perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir akan diumumkan kemudian sebaik sahaja semua perlawanan setiap pasukan dalam kumpulan selesai dilangsung­kan.

 ??  ?? KETUA pasukan KDM Ranau, Dauri Dolumin (kiri) menerima cenderamat­a daripada ketua pasukan KDM Kuala Penyu, Al-Hakim Al-Hadi.
KETUA pasukan KDM Ranau, Dauri Dolumin (kiri) menerima cenderamat­a daripada ketua pasukan KDM Kuala Penyu, Al-Hakim Al-Hadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia