Utusan Borneo (Sabah)

Dua Gol Zaniolo pastikan Roma ceria di Rom

-

ROM: Sensasi remaja Nicolo Zaniolo menjaringk­an dua gol apabila Roma menewaskan Porto 2-1 dalam perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara di Stadio Olimpico kelmarin.

Pemain berusia 19 tahun itu menjaringk­an gol sulungnya dalam Liga Juara-Juara pada minit ke-70 di Rom, dan menambah gol kedua enam minit kemudian untuk memberikan kekalahan pertama kepada Porto dalam pertanding­an peringkat tertinggi di Eropah pada tahun ini.

Namun Adrian Lopez mengurangk­an jurang dengan gol penting untuk kelab Portugis itu selepas 79 minit untuk memastikan mereka masih ada peluang dalam perlawanan di halaman sendiri pada 6 Mei.

“Ia adalah malam yang menakjubka­n, saya terkelu lidah dan tidak menjangkak­an perkara sedemikian,” kata Zaniolo kepada Sky Sport Italia.

“Namun kami akan bermain dalam pusingan kedua, kami tidak sepatutnya dibolosi gol itu.”

Malam itu milik pemain muda dari Tuscany itu yang telah menjadi pemain kegemaran penyokong sejak dia tiba dari Inter Milan, di mana dia tidak pernah bermain dalam perlawanan liga utama, dalam pertukaran dengan Radja Nainggolan pada musim panas lalu.

Kelmarin dia menerima tepukan gemuruh oleh penyokong tuan rumah yang teruja dan melihatnya sebagai pewaris kepada legenda kelab Francesco Totti.

Perlawanan menjadi rancak pada pertengaha­n babak kedua apabila Zaniolo menjaringk­an gol dengan penyudah tepat selepas menerima umpanan daripada Edin Dzeko.

Dia tidak lama kemudian menyumbat gol kedua apabila Dzeko melancarka­n serangan balas dan rembatanny­a melantun balik selepas terkena tiang tetapi Zaniolo berada pada posisi yang betul untuk menolak masuk bola.

“Meraikan gol di bawah ‘curva’ adalah perasaan yang luar biasa,” kata Zaniolo.

“Saya tidak dapat menggambar­kannya. Saya berharap untuk menjaringk­an lebih banyak lagi gol.”

“Zaniolo bukan satu kejutan lagi,” kata kapten Roma, Daniele De Rossi.

“Kekuatan fizikalnya menakjubka­n bagi seorang lelaki seusianya dan dia menggabung­kannya dengan teknik yang hebat. Dia sudah seorang pemain yang hebat, tetapi dia akan menjadi juara yang hebat.”

Roma bimbingan Eusebio Di Francesco, yang mara ke peringkat separuh akhir pada tahun lepas, tewas kepada kelab Portugis berkenaan dalam dua pertemuan mereka pada masa lalu, terkini pada pusingan play-off 2016 pada peringkat kelayakan.

Sebelum Zaniolo mempamerka­n kehebatann­ya, perlawanan ternyata hambar di antara dua pasukan yang mara dengan mudah pada peringkat kumpulan.

Bagaimanap­un ketegangan timbul antara jurulatih Porto, Sergio Conceicao, seorang bekas pemain Lazio, dengan penyokong musuh utama mereka, Roma.

Pergaduhan juga meletus antara Conceicao dan Di Francesco, seorang bekas pemain Roma, di tepi padang.

“Dia menjadi marah, saya juga marah, kami bercakap terlalu nyaring sedikit,” jelas Conceicao. “Tetapi ia tidak serius, segalanya baik-baik sahaja.

“Seperti sebelum ini, ia masih 50-50 (untuk layak). Matlamat kami membuka segalanya,” kata Conceicao.

“Saya yakin kami akan mara ke peringkat suku akhir.”

Di Francesco memuji “salah satu persembaha­n terbaik pada musim ini daripada sudut pandangan kolektif” oleh pasukannya, yang sering dibolosi gol dengan cepat selepas mereka mendahului.

“Kami tidak akan pergi ke Porto untuk bertahan, tetapi menjaringk­an gol,” katanya.

Pasukan tuan rumah mempamerka­n persembaha­n terbaik pada separuh masa pertama dengan penjaga gol veteran Porto, Iker Casillas, yang menafikan Aleksandar Kolarov dan Lorenzo Pellegrini daripada bola lantunan.

Dzeko kelihatan bakal memecah kebuntuan pada minit ke-38 apabila dia menewaskan pertahanan Porto tetapi rembatanny­a terkena tiang gol.

Roma memperting­katkan tekanan selepas waktu rehat, dan Zaniolo melorong bola kepada Bryan Cristante yang berjaya mengelecek barisan pertahanan tetapi sekali lagi memaksa Casillas bertindak cemerlang untuk menyelamat­kan gawang.

Tandukan Danilo Pereira tersasar jauh, dan Casillas bersedia untuk menolak satu cubaan rendah oleh Pellegrini, sebelum Zaniolo melepasi benteng pertahanan dengan gol keduanya untuk menjadi pemain Itali paling muda menjaringk­an gol dalam Liga Juara-Juara.

 ?? — Gambar Reuters ?? ZANIOLO (kiri) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol sulung beliau pada kejohanan Liga Juara-Juara ketika membantu Roma menewaskan Porto di Stadium Olimpik, Rome pada Selasa lepas.
— Gambar Reuters ZANIOLO (kiri) melepaskan rembatan sebelum menjaringk­an gol sulung beliau pada kejohanan Liga Juara-Juara ketika membantu Roma menewaskan Porto di Stadium Olimpik, Rome pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia