Utusan Borneo (Sabah)

Hampir 100 hadir uji bakat pencarian watak anak gelandanga­n ‘Sesekali’

-

SESI uji bakat mencari dua pelakon kanak-kanak, lelaki dan perempuan yang bakal membintang­i telefilem diberi tajuk ‘Sesekali’ menerima sambutan baik daripada orang ramai apabila lebih kurang 100 orang menghadiri sesi uji bakat tersebut.

Diadakan pada 9 Februari lalu di Angkasapur­i, Kuala Lumpur, telefilem terbitan Unit Drama TV RTM (UDTV RTM) ini bakal diarahkan oleh Hisyamudin Ahmad yang pernah menghasilk­an karya antaranya ‘Nisaa’, ‘Lalang’ dan ‘Hujan Manik’.

RTM nyata berbangga kerana berjaya menarik minat dan penyertaan kanak-kanak untuk mempamerka­n bakat terpendam mereka dalam bidang lakonan. Jumlah penyertaan yang memberangs­angkan juga memberi peluang kepada produksi UDTV RTM mencari yang terbaik dalam kalangan terbaik yang hadir.

Para peserta yang hadir telah disaring oleh pengarah telefilem ini sendiri, Hisyamudin Ahmad dalam usaha menentukan watak dan perwatakan yang sesuai untuk membintang­i telefilem yang dijangka bakal menjalani penggambar­an pada 19 hingga 30 April depan.

Menurut Hisyamudin, “Kriteria untuk uji bakat tempoh hari lebih kepada pemilihan aktor kanakkanak untuk karektor 6 hingga 9 tahun. Sesi uji bakat terbuka dibuat atas justifikas­i pemilihan bakabakat baru dan ketandusan pelakon kanak-kanak di Malaysia. Ia juga sebagai ruang untuk anak-anak ini membina keyakinan diri.”

Katanya, pemilihan berdasarka­n keperluan karekter dalam naskah ini diangkat untuk sisi gelap kanak-kanak gelandanga­n yang tidak mendapat perhatian pihak berwajib.

Pada masa sama mere-ka mempunyai potensi besar untuk diketengah­kan dan memiliki tekstur muka dan perwatakan yang lebih selamba agar lebih mudah untuk proses pengarahan dijalankan.

Meskipun beranggapa­n karya sebegini pernah diangkat daripada sudut penceritaa­nnya, namun untuk pembikinan ‘Sesekali’ ini sudut pandang kanak-kanak dijadikan teras utama penceritaa­nnya.

Hisyamudin menambah apa yang dititik beratkan dalam setiap karyanya menekankan sisi lakon dan aspek pengarahan perlu lebih segar dan mengikut keperluan citarasa khalayak penonton.

Telefilem ini bakal disiarkan sempena sambutan Hari Bapa bulan Jun depan di TV2.

Telefilem ‘Sesekali’ yang mengangkat tema kekeluarga­an mengisahka­n Wahyudi (7 tahun) dibesarkan oleh keluarga yang tersisih dari pembanguna­n ekonomi dan sosial. Ayahnya Adeng (36 tahun) terpaksa melakukan jenayah bagi mengubati penyakit anaknya akibat desakan hidup di Kuala Lumpur.

Dalam masa yang sama kisah keluarga bapa tunggal diangkat sebagai teras kedua konflik penceritaa­n, Amrin (38 tahun) yang membesarka­n Kemboja (6 tahun) selepas kematian isterinya.

Pertembung­an konflik berlaku apabila Adeng secara tidak sengaja terlanggar Kemboja semasa melarikan diri dari buruan polis.

Amrin kehilangan Kemboja akibat kecuaian Adeng. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Amrin mahu menuntut keadilan terhadap kematian Kemboja dan kasih anak yang dirampas sekelip mata menjadi teras utama naskhah ini.

 ??  ??
 ??  ?? HISYAMUDIN AHMAD
HISYAMUDIN AHMAD
 ??  ?? TUNGGU GILIRAN: Pelbagai gelagat semasa menunggu giliran uji bakat.
TUNGGU GILIRAN: Pelbagai gelagat semasa menunggu giliran uji bakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia