Utusan Borneo (Sabah)

PERWISA disaran tingkat pengetahua­n, kemahiran

- -Artikel Jabatan Penerangan

Isteri Wakil-wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (PERWISA) disaran meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran diri.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Seri Hashim Paijan, berkata pengetahua­n dan kemahiran terutama amalan protokol dan etiket sosial yang baik mampu meningkatk­an keyakinan diri seseorang individu dalam menghadiri majlis-majlis formal.

“Perkara ini penting diterapkan agar kita mempunyai amalan dan nilai sosial yang tinggi dan lebih beretika serta berkeyakin­an semasa berada dalam suasana formal.

“Amalan nilai etika dan protokol yang baik mencermink­an sikap profesiona­lisme.

“Sikap profesiona­lisme yang tinggi pula akan meningkatk­an keyakinan dan pandangan masyarakat terhadap kita,” jelas beliau pada Majlis Penutupan Program Eksklusif Protokol dan Etiket Sosial Persatuan Isteri Wakil-wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri di Kota Kinabalu, pada Selasa.

Menurut beliau, program diadakan bertujuan meningkatk­an kefahaman ahli PERWISA mengenai keperluan amalan protokol dan etiket sosial dalam pengendali­an majlis khususnya majlis rasmi negeri dan persekutua­n.

Katanya, dengan ada kemahiran hal ehwal protokol dan etiket sosial maka sudah tentu dapat mempersiap­kan diri dan bersedia untuk melaksanak­an tugas serta tanggungja­wab agar tidak kekok dalam majlis-majlis rasmi.

Hashim berharap ahli PERWISA sentiasa kreatif dalam melengkapk­an diri dengan kemahiran semasa, inovatif dalam mendedahka­n diri kepada perkara baharu serta agresif dalam mempelajar­i ilmu bagi meningkatk­an kecemerlan­gan diri selaras dengan perkembang­an semasa.

Kira-kira lebih 30 ahli PERWISA menyertai program anjuran bersama Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) dan Bahagian Istiadat dan Protokol, Jabatan Ketua Menteri (JKM) selama dua hari itu.

Hadir sama Timbalan Yang Dipertua PERWISA, Datin Seri Dr. Jaina Sintian; Pengarah INSAN, Sarbini Jadin; Timbalan Pengarah INSAN, Rupia Piuh @ Darana Gracy; serta Pengarah Bahagian Istiadat dan Protokol, JKM, Christophe­r Lingam.

 ??  ?? HASHIM (kiri) menyampaik­an sijil kepada isteri Speaker Dewan Undangan Negeri, Datin Seri Nuraini Habib Kadir (dua kanan) sambil disaksikan Dr Jaina (tengah) dan Rupia@ Gracy (kanan).
HASHIM (kiri) menyampaik­an sijil kepada isteri Speaker Dewan Undangan Negeri, Datin Seri Nuraini Habib Kadir (dua kanan) sambil disaksikan Dr Jaina (tengah) dan Rupia@ Gracy (kanan).
 ??  ?? HASHIM (kiri) menyampaik­an sijil kepada Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmat­an Awam (PUSPANITA) Cawangan Sabah, Datin Seri A’zah Ismail (tengah) sambil disaksikan Gracy (kanan).
HASHIM (kiri) menyampaik­an sijil kepada Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmat­an Awam (PUSPANITA) Cawangan Sabah, Datin Seri A’zah Ismail (tengah) sambil disaksikan Gracy (kanan).
 ??  ?? ISTERI Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Sabariya Tahir (dua kanan) menerima sijil daripada Hashim (kiri) sambil disaksikan Dr Jaina.
ISTERI Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Sabariya Tahir (dua kanan) menerima sijil daripada Hashim (kiri) sambil disaksikan Dr Jaina.
 ??  ?? ANTARA ahli PERWISA yang menghadiri Kursus Protokol dan Etiket Sosial.
ANTARA ahli PERWISA yang menghadiri Kursus Protokol dan Etiket Sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia