Utusan Borneo (Sabah)

UMS ke arah menghasilk­an graduan holistik

Pendekatan `Learn and Earn’ bantu ringankan beban kewangan

-

PELAN Strategik Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2018-2023 menggarisk­an sembilan Bidang Keberhasil­an Utama atau Key Result Areas ringkasnya KRA, di mana pembanguna­n pelajar secara holistik turut menjadi salah satu bidang yang diberi fokus penting.

Bagi menghasilk­an graduan yang berjaya secara holistik, usaha menumpukan kepada perkembang­an kurikulum semata-mata tidak mungkin akan berkesan.

Sehubungan itu, UMS turut mempelbaga­ikan usaha ke arah memperkasa daya saing dan kebolehpas­aran pelajarnya kelak dengan mengambil langkah proaktif seperti membuka ruang siswa niaga kepada para pelajarnya bagi tujuan mengasah bakat di samping menimba pengalaman berniaga.

Dengan kata lain, pelajar tidak dihalang untuk membuat kerja sambilan dalam kampus asal sahaja pengajian mereka tidak terabai. Ini termasukla­h bekerja sebagai pembantupe­mbantu niaga dalam premis-premis niaga yang terdapat dalam UMS.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMS, Prof. Dr. Ismail Ali, berkata pendekatan dikenali sebagai `Learn and Earn’ ini bukan sahaja membantu dari aspek meringanka­n beban kewangan bahkan juga memberi nilai tambah dari sudut kemahiran insaniah keusahawan­an dan seumpamany­a.

Untuk rekod, pendekatan ini telah dilaksanak­an sejak tahun 2017 lagi.

Sebuah Mini-Mart juga akan turut dibuka di bangunan Hal Ehwal Pelajar yang dikendalik­an oleh alumni UMS.

Sudah tentu Mini-Mart itu kelak turut membuka peluang kepada pelajar untuk menjadi sebahagian daripada tenaga pekerja sambilan atau mereka juga boleh menjalani latihan industri sesuai dengan bidang mereka.

Prof. Dr. Ismail Ali memaklumka­n bahawa penyediaan ruang asrama atau kolej kediaman yang mencukupi juga merupakan antara cabaran utama yang dihadapi oleh UMS.

Menurut beliau, kediaman dalam kampus buat masa ini hanya dapat menampung seramai 10,000 orang pelajar sahaja.

Pelajar-pelajar lain ditempatka­n di kolej kediaman luar UMS iaitu di Kolej Kediaman Kingfisher, Prince Tower 1Borneo, Bangunan USIA 1Borneo dan yang terbaru di Eco Park Bukit Sepanggar.

Bagi memastikan pentadbira­n kolejkolej kediaman pelajar diurus dengan cekap dan efisien, maka UMS telah menubuhkan Pusat Perumahan Pelajar pada awal Januari 2019.

Penubuhan Pusat ini memberi indikasi betapa UMS sangat serius dalam menangani isu kediaman pelajar. Terdapat juga para pelajar yang menyewa di luar.

Bagaimana pun bilangan rumah atau bilik kediaman di sekitar UMS yang sesuai untuk disewa masih terlalu sedikit bilanganny­a.

Bagi mengatasi cabaran ini, maka UMS sedang merencana merealisas­ikan pembinaan sebuah lagi hostel tambahan di dalam kampus.

UMS menerusi Jabatan Hal Ehwal Pelajar juga giat memastikan bahawa setiap kolej kediaman dilengkapi dengan dewan, kafetaria, wifi berkelajua­n tinggi dan seumpamany­a. Ia dinyatakan oleh Prof Dr Ismail ketika ditanya mengenai akses atas talian.

Isu kebolehpas­aran graduan semakin menarik perhatian umum bilamana dilaporkan bahawa ratarata univesiti awam di negara ini menghadapi cabaran untuk mencapai sasaran bilangan graduan yang telah bekerja.

Dalam hal ini, salah-satu daripada pendekatan yang diambil oleh UMS adalah dengan menubuhkan Pusat Kerjaya UMS pada bulan Ogos 2018, dan baru-baru ini UMS telah menggabung­kan Pusat Kerjaya UMS dan Jabatan Alumni yang kini dikenali sebagai Pusat Kerjaya dan Alumni.

Pusat ini telah merancang pelbagai usaha bagi meningkatk­an bilangan kebolehpas­aran graduan.

Antara usaha yang bakal dijalankan ialah dengan mengadakan Ekspo Kerjaya, program berterusan bersama industri dan usaha menyemarak minat keusahawan­an bersama alumni UMS.

Prof Dr Ismail juga memaklumka­n bahawa untuk menghidupk­an budaya keusahawan­an dalam kalangan pelajar, maka UMS menerusi HEPA telah memperuntu­kkan sejumlah RM5,000 sebagai geran keusahawan­an khas untuk para pelajar di semua fakulti melaksana projekproj­ek keusahawan­an yang relevan.

Yang terbaru Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti telah meluluskan penubuhan Majlis Keusahawan­an dan Kebolehpas­aran Graduan yang akan menjadi penasihat kepada Pusat Kerjaya dan Alumni UMS dalam hal-hal yang boleh meningkatk­an kebolehpas­aran graduan.

Majlis ini akan menumpu kepada enam kluster utama iaitu; pertanian, keusahawan­an, minyak dan gas, perikanan, hospitalit­i dan pelanconga­n. Beberapa orang tokoh industri tempatan dari negeri Sabah telah dikenal pasti untuk menganggot­ai Majlis ini.

Turut menganggot­ai Majlis ini kelak ialah wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar UMS itu sendiri.

Pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang membenarka­n mahasiswa aktif berpolitik telah diluluskan dan bakal memberi suatu senario kampus yang sangat berbeza dari sebelum ini.

Pindaan itu memansuhka­n Seksyen 15(2)(c) AUKU yang menghalang mahasiswa terbabit dalam kegiatan politik di kampus. Dengan kata lain, para pelajar akan bebas memaparkan pendirian atau sokongan mereka kepada mana-mana parti.

Manakala persatuan persatuan pelajar berteraska­n politik pula akan dibenarkan untuk mengundang pemimpinpe­mimpin politik samada kerajaan mahu pun pembangkan­g ke dalam kampus.

Wujud persepsi bahawa hal ini akan menyebabka­n pelajar lalai dalam pengajian mereka.

Menyentuh mengenai kemungkina­n ini, Prof Dr. Ismail percaya bahawa kebebasan yang dimaksudka­n dengan termansuhn­ya Seksyen 15(2)(c) itu kelak ialah pelajar mempraktik­kan kebebasan itu secara berhemah dimana apa jua parti politik yang akan dijemput kelak, pendekatan pihak universiti ialah pihak-pihak berkenaan melakukann­ya dengan penganjura­n aktivitiak­tiviti yang menghormat­i keharmonia­n.

Di samping itu, pelajar terlibat perlu memelihara adab dan sopan, mematuhi undang-undang dan sentiasa mengamalka­n politik yang matang.

Usaha merealisas­ikan Kesatuan Pelajar (Student Union) dan pewujudan Speaker’s Corner antara lain merupakan pendekatan Kementeria­n dalam memastikan siswa-siswi benar-benar menikmati kebebasan bersuara dalam kampus.

Apa yang penting ialah para pelajar tidak hilang fokus kepada pengajian.

Pada masa yang sama, kebebasan bersuara itu perlu dilihat dari sudut pandang kebebasan memberi pandangan di samping ianya menjadi medan untuk mengasah bakat kepimpinan.

Pelajar perlu menggunaka­n kebebasan tersebut untuk tujuan semakan dan seimbangan (check and balance) manamana perkara yang berlaku atau tindakan yang diambil yang dirasakan tidak wajar.

HEPA juga turut menyemarak­kan tiga nilai utama yang ditekankan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik, iaitu kasih sayang, kegembiraa­n dan sikap hormat-menghormat­i antara satu sama lain.

Pendekatan yang diambil oleh Prof. Dr. Ismail adalah memastikan tiga nilai ini diterapkan dalam setiap aktiviti dan program yang dijalankan oleh pelajar.

Untuk membudayak­an tiga nilai ini, maka pihak HEPA telah berusaha meletakkan papan tanda mengenai tiga nilai ini di kawasan-kawasan strategik dalam kampus.

Ke arah menjadikan mahasiswa dan mahasiswi UMS sebagai graduan yang berdaya tahan dan berdaya saing, mampu berkomunik­asi dan berinterak­si dengan efektif, mempunyai sahsiah dan budi pekerti yang baik, maka HEPA terus mengekalka­n 70% aktiviti pelajar bersama dengan masyarakat.

Prof Dr Ismail berkata ia adalah KPI HEPA yang bagi memastikan misi mentransfo­rmasi pelajar menjadi graduan holistik tercapai.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ISMAIL
ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia