Utusan Borneo (Sabah)

SPR Thailand mahu Thai Raksa Chart dibubar

Selepas tindakan parti itu ketengah puteri sebagai calon perdana menteri mendapat teguran raja

-

Monarki di Thailand dianggap sebagai suci dan diagungkan oleh rakyatnya, dan berada di bawah perlindung­an undang-undang ‘draconian lese majeste’. Kata-kata raja adalah dianggap s ebagai

” muktamad .......

BANGKOK: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Thailand pada Rabu meminta mahkamah perlembaga­an membubarka­n sebuah parti politik yang mengetenga­hkan seorang puteri sebagai calonnya untuk jawatan perdana menteri, beberap hari selepas tindakan tersebut mendapat teguran diraja daripada adik lelakinya, yang menjadi raja. Thailand telah dibayangi oleh drama politik sejak Jumaat lepas, apabila nama Puteri Ubolratana diserahkan oleh Thai Raksa Chart, sebuah parti dikaitkan dengan klan berpengaru­h Shinawatra.

Tindakan Ubolratana yang tidak dijangka untuk menyertai politik barisan hadapan terurai dalam masa beberapa jam selepas Raja Maha Vajiralong­korn menolak penyertaan seorang anggota diraja ke dalam politik sebagai “sangat tidak sesuai”.

Monarki Thailand telah dilihat sebagai mengatasi politik, walaupun pihak diraja telah campur tangan secara umum semasa tempoh krisis politik.

Puteri tersebut ditolak sebagai calon oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya, yang kemudian memfailkan satu permohonan kepada mahkamah perlembaga­an agar Thai Raksa Chart dibubarkan kerana membawa seorang anggota keluarga diraja ke dalam politik.

“Tindakan itu dianggap sebagai permusuhan kepada monarki perlembaga­an,” jelasnya.

Monarki di Thailand dianggap sebagai suci dan diagungkan oleh rakyatnya, dan berada di bawah perlindung­an undang-undang ‘draconian lese majeste’ .

Kata-kata raja adalah dianggap sebagai muktamad.

Perbalahan mengenai pencalonan­nya dan tindakan berpotensi bagi membubarka­n parti Thai Raksa Chart merupakan satu pukulan kepada mesin politik untuk bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra.

Parti itu dijangka akan menambah kepada bank undi bagi penggerak pilihan raya Shinawatra, Pheu Thai, dalam pilihan raya di mana parti sekunder telah menyasarka­n beberapa kerusi melalui sistem senarai parti.

Beberapa parti yang dinaungi oleh Thaksin telah memenangi semua pilihan raya sejak 2001.

Thaksin dan adik perempuann­ya Yingluck – yang digulingka­n dalam rampasan kuasa 2014 – menetap di luar negara bagi mengelak pensabitan yang mereka katakan sebagai bermotifka­n politik.

Dalam satu kenyataan Instagram pada lewat Selasa, puteri berusia 67 tahun itu memohon maaf bagi peranannya dalam drama, yang menimbulka­n rasa gentar di sekitar negara hanya beberapa minggu sebelum pilihan raya.

“Saya memohon maaf kerana niat asal saya untuk membantu bekerja untuk negara dan rakyat Thai lain telah menimbulka­n masalah yang tidak seharusnya berlaku pada era ini,” tulis beliau.

Ia telah dinyatakan dengan satu ‘hashtag’: “#howcomeits­thewayitis”.

Ubolratana merupakan anak pertama kepada bekas raja Bhumibol Adulyadej, namun beliau telah melepaskan gelaran dirajanya ketika mengahwini seorang rakyat Amerika pada 1972.

Selepas perceraian­nya, beliau berpindah semula ke Thailand di mana beliau masih dianggap oleh orang awam Thai sebagai sebahagian daripada keluarga diraja.

Semasa beliau menyatakan beliau akan menunaikan haknya sebagai seorang rakyat biasa untuk bertanding sebagai perdana menteri, kenyataan pihak istana pada minggu lepas menegaskan beliau “masih lagi seorang anggota Dewan Chakri”, merujuk kepada nama dinasti itu.

Ketua junta Prayut ChanO-Cha, yang mengguling­kan kerajaan Yingluck, akan bertanding untuk jawatan perdana menteri pada pilihan raya 24 Mac.

Penganalis­is berkata tindakan menyekat pencalonan puteri akan memberi kelebihan kepada Prayut, yang menggambar­kan dirinya sebagai seorang pembela mo-narki.

 ?? — Gambar AFP ?? PEMIMPIN parti Thai Raksa Chart, Preechapho­l Pongpanit, memberi penghormat­an tradisiona­l Thai ketika beliau bercakap kepada wartawan selepas beliau tiba di ibu pejabat parti di Bangkok pada Selasa.
— Gambar AFP PEMIMPIN parti Thai Raksa Chart, Preechapho­l Pongpanit, memberi penghormat­an tradisiona­l Thai ketika beliau bercakap kepada wartawan selepas beliau tiba di ibu pejabat parti di Bangkok pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia