Utusan Borneo (Sabah)

Lima penduduk Palestin cedera dalam pertempura­n di utara Gaza

-

GAZA: Sekurang-kurangnya lima penduduk Palestin cedera pada malam Selasa selepas ditembak tentera Israel dalam satu pertempura­n di sempadan maritim yang terletak antara utara Semenanjun­g Gaza dan Israel, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan Kementeria­n Kesihatan Gaza.

Ashraf al-Qedra, jurucakap Kementeria­n Kesihatan Gaza, memaklumka­n pemberita bahawa tentera Israel yang ditempatka­n di kawasan sempadan itu telah melepaskan tembakan dan mencederak­an sekurang-kurangnya lima penduduk Palestin, dengan dua daripada mereka parah.

Beliau berkata berpuluh-puluh lagi lemas selepas terhidu gas asap pemedih mata yang ditembak oleh tentera rejim.

“Mangsa yang cedera akibat tembakan peluru hidup dikejarkan ke hospital manakala mereka yang cedera ringan dan lemas akibat terhidu asap gas pemedih mata dirawat oleh paramedik lapangan,” katanya.

Pada petang Selasa, satu pertempura­n telah berlaku di utara Semenanjun­g Gaza berhampira­n sempadan maritim dengan Israel, menurut saksi yang berkata kira-kira 2,000 penunjuk perasaan menyertai bantahan di kawasan itu.

Ia merupakan sebahagian daripada tunjuk perasaan mingguan anti-Israel yang bermula pada 30 Mac lepas bagi mendesak Israel menghentik­an sekatan ke atas Semenanjun­g Gaza sejak 2007.

Para pegawai Kementeria­n Kesihatan Gaza berkata sejak 30 Mac 2018, tentera Israel telah menembak dan membunuh lebih 250 penunjuk perasaan serta mencederak­an kira-kira 26,000 yang lain, dengan kira-kira 40 peratus daripada mereka cedera akibat terkena peluru hidup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia