Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 100 tentera kanak-kanak dibebaskan di Sudan Selatan

-

ANKARA: Lebih 100 tentera kanak-kanak dibebaskan oleh kumpulan bersenjata di Sudan Selatan pada Selasa, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan UNICEF.

Pembebasan seramai 119 itu menjadikan jumlah keseluruha­n yang telah dibebaskan setakat ini meningkat kepada 3,100 sejak tercetusny­a konflik pada 2013. Antaranya termasuk 48 kanak-kanak perempuan.

Pengarah Eksekutif UNICEF Henrietta Fore menyeru semua pihak di Sudan Selatan komited mempertaha­nkan hak kanak-kanak dan me-mastikan mereka tidak menjadi tentera.

“Tahun ini genap 30 tahun Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-Kanak yang memerlukan kerajaan memenuhi keperluan asas dan membantu mencapai potensi mereka,” tambahnya.

Kanak-kanak dibebaskan itu dikaitkan dengan Gerakan Kebebasan Nasional Sudan Selatan, yang menandatan­gani perjanjian damai dengan kerajaan pada 2016.

Pihak UNICEF turut menyediaka­n pekerja sosial, pegawai kesihatan dan pakar pendidikan untuk menilai keperluan kanak-kanak terbabit.

Setiap kanak-kanak diberikan sokongan selama tiga tahun untuk membantu mereka kembali menjalani kehidupan harian seperti biasa dan mengelakka­n mereka kembali menjadi askar.

Masih terdapat puluhan ribu kanak-kanak yang berkhidmat sebagai tentera, kata UNICEF.

Sejak Februari 2018, lebih 1,000 kanak-kanak dibebaskan oleh pelbagai kumpulan bersenjata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia