Utusan Borneo (Sabah)

Aktivis hak asasi Kenya yang hilang ditemui mati: Polis

-

NAIROBI: Seorang aktivis hak asasi manusia terkenal di Kenya yang berkempen menentang kekejaman polis dan pembunuhan di luar bidang kehakiman di negaranya telah ditemui mati, enam hari selepas beliau hilang, kata penyiasat polis pada Selasa.

Caroline Mwatha hilang di Dandora, sebuah kawasan kejiranan miskin di ibu negeri Nairobi di mana beliau telah menetap dan berkempen menentang layanan teruk terhadap orang yang berada dalam tahanan polis di negara Afrika Timur ini.

Direktorat bagi Siasatan Jenayah (CID) di Kenya menyatakan dalam satu kenyataan bahawa Mwatha meninggal dunia semasa satu cubaan untuk menggugurk­an kandungann­ya yang berusia lima bulan, dan enam orang telah ditangkap.

Media tempatan melaporkan beliau hilang pada 6 Februari dan CID berkata ia memulakan siasatan dua hari kemudian, mendapati bahawa Mwatha telah terlibat dalam komunikasi “berkaitan dengan satu cubaan penggugura­n kandungan berusia lima bulan.”

“Penyiasat mempercaya­i bahawa Caroline meninggal dunia di klinik dan mayatnya telah dipindahka­n ke rumah mayat di bandar raya Nairobi,” menurut kenyataan, sambil menambah bahawa mereka yang membawa mayatnya ke rumah mayat telah memberikan nama palsu bagi si mati.

Kenyataan CID tidak menjelaska­n kenapa enam orang itu ditahan, namun menyatakan kumpulan terbabit termasuk pemilik klinik di mana penggugura­n kandungan dilakukan, anak lelakinya, seorang doktor yang terlibat dalam prosedur, dan seorang pemandu teksi.

Siasatan sedang diteruskan, kata CID.

Mwatha telah bekerja untuk Pusat Kehakiman Komuniti Dandora, yang mendokumen­kan kes-kes seperti pembunuhan di luar bidang kehakiman oleh anggota ke-selamatan di kawasan tersebut dan berkempen bagi akaun-tabiliti dan keadilan untuk mangsa.

Kumpulan hak asasi global yang berpusat di London, Amnesty Internatio­nal menggambar­kan Mwatha sebagai seorang “ibu bukan sahaja untuk anak-anaknya namun juga untuk seluruh komuniti, penyayang dan lembut; satu personalit­i periang, seorang pemimpin yang sering berpanduka­n kepada contohcont­oh.”

Polis Kenya berdepan tuduhan yang kerap mengenai kekejaman serta pembunuhan di luar bidang kehakiman daripada orang awam dan kumpulan hak asasi, namun pegawai jarang sekali didakwa dan hampir tidak pernah disabitkan.

Kerajaan menubuhkan Lembaga Pengawasan Kesilapan Bebas pada 2011 selepas pihak polis dipersalah­kan bagi kematian beberapa penunjuk perasaan dalam pertempura­n kejam selepas pilihan raya presiden yang dipertikai­kan pada 2007.

Namun pihak berkuasa hanya berupaya untuk memastikan beberapa pensabitan terhadap anggota polis yang dituduh meskipun banyak aduan daripada orang awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia