Utusan Borneo (Sabah)

Seorang daripada lima rakyat Korea Selatan berdepan risiko ketagihan telefon pintar

-

SEOUL: Seorang daripada lima rakyat Korea Selatan mengalami kebergantu­ngan yang berlebihan terhadap telefon pintar tahun lepas dan nisbah itu meningkat setiap tahun, dedah satu tinjauan pendapat pada Rabu, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut survei Kementeria­n Sains dan ICT, sebanyak 19.1 peratus penduduk berusia antara tiga dan 69 tahun jatuh dalam kategori berdepan risiko ketagihan atau berisiko tinggi pada 2018.

Mereka yang dianggap berisiko ketagihan mengalami gejala penarikan fizikal dan mental dalam kehidupan sehari-hari mereka selain sering meletakkan penggunaan telefon bimbit sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka.

Jumlah golongan itu meningkat daripada 17.8 peratus pada 2016 dan 18.6 peratus pada 2017, kata kementeria­n.

Dari segi umur, jumlah pengguna telefon pintar yang mengalami ketagihan di bawah usia tujuh tahun ialah sebanyak 20.7 peratus pada 2018, dengan responden berusia lingkungan 60-an sebanyak 14.2 peratus, menyaksika­n peningkata­n berbanding 11.7 peratus pada 2016.

Bagi menangani isu ketagihan telefon pintar, kerajaan Korea Selatan telah menjalanka­n pelbagai usaha seperti menyediaka­n program pendidikan di sekolah dan mengeluark­an garis panduan kaunseling untuk golongan berisiko tinggi.

Tinjauan pendapat itu dijalankan ke atas sejumlah 28,575 orang antara Ogos dan Oktober tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia