Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan hubungan dua hala kekal baik

Pengamal media Malaysia dan Indonesia disaran guna media sosial

-

PUTRAJAYA: Pengamal media di Malaysia dan Indonesia perlu menggunaka­n platform baharu mendekati generasi milenial bagi memastikan hubungan kedua-dua negara terus kekal baik, kata bekas Pengerusi Media Prima Berhad Tan Sri Johan Jaafar.

Beliau berkata pengamal media kini tidak lagi boleh bergantung kepada platform konvension­al sahaja, sebaliknya perlu menggunaka­n media baharu untuk mendekati golongan ini.

“Kita harus menerima hakikat bahawa media sosial memainkan peranan sangat penting terhadap kehidupan generasi muda, dan oleh itu kita tidak boleh bergantung kepada media konvension­al untuk mendekati generasi milenial.

“Dalam hubungan Malaysia dan Indonesia ini kita perlukan platform baharu bukan sahaja dalam bentuk media tradisiona­l tetapi media sosial kerana bagi generasi milenial ini, mereka tidak lagi melihat batas geografi dan politik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam sempena lawatan Muhibah delegasi Media Indonesia ke Malaysia di sini, malam Selasa.

Turut hadir pada majlis anjuran Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia di sini malam Rabu ialah Timbalan Presiden Iswami Malaysia Datuk Zulkifli Hamzah, Presiden Iswami Indonesia Asro Kamal Rokan, Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zakaria Abdul Wahab dan Penasihat Media Kumpulan Karang karaf Datuk Abdul Jalil Ali.

Sementara itu, Zakaria berkata ISWAMI merupakan satu-satunya inisiatif media yang efektif dalam memupuk persefaham­an antara pengamal media Malaysia dan Indonesia sehingga dalam lapan tahun kebelakang­an ini, tidak ada lagi isu-isu besar antara kedua-dua negara.

“Saya pernah mengikuti empat perjumpaan Pers Nasional Indonesia, mendapati bahawa persefaham­an yang terjalin antara pemimpin media Malaysia dan Indonesia sangat akrab, seperti saling mengundang ke majlis kenduri kendara dan saling menziarahi jika ada mereka yang sakit. Ini mustahil terjadi jika tidak saling mengenali melalui ISWAMI,” katanya.

Zakaria berkata, bagaimanap­un di alaf baru ini yang lebih penting, ISWAMI terus memperkasa­kan hubungan baik antara kedua-dua negara terutama melibatkan generasi milenial.

Katanya, Bernama dan agensi berita Indonesia Antara, akan terus berperanan bertukar-tukar berita, gambar, dan video seperti yang telah terjalin sejak sekian lama.

 ??  ?? PRESIDEN Iswami Indonesia Asro Kamal Rokan (dua kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Bekas Pengerusi Media Prima Berhad Tan Sri Johan Jaafar (tiga, kanan) pada Majlis Makan Malam sempena Lawatan Muhibbah delegasi media Indonesia ke Malaysia anjuran Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia malam Selasa.
PRESIDEN Iswami Indonesia Asro Kamal Rokan (dua kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Bekas Pengerusi Media Prima Berhad Tan Sri Johan Jaafar (tiga, kanan) pada Majlis Makan Malam sempena Lawatan Muhibbah delegasi media Indonesia ke Malaysia anjuran Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia malam Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia