Utusan Borneo (Sabah)

YS sasar untung meningkat, tetap KPI dalam tempoh lima tahun

Tetapkan KPI untuk dicapai dalam tempoh lima tahun

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

YAYASAN Sabah (YS) menyasarka­n prestasi Kumpulan Innoprise Corporatio­n Sdn Bhd (ICSB) meningkat sebanyak 30 peratus tahun ini berbanding 2018.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Jamalul Kiram Mohd. Zakaria berkata, anggaran peningkata­n itu melibatkan jumlah keuntungan sebanyak RM164 juta.

Menurutnya, pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah amat menitikber­atkan kestabilan kewangan terutama berkaitan dengan kekurangan sumber pendapatan ekoran kurangnya sumber kayu balak.

Sehubungan itu, pihaknya melalui sektor komersial menetapkan hala tuju baharu untuk Kumpulan ICSB.

“Tumpuan akan diberikan kepada syarikat yang memberikan impak keuntungan besar dan akan menutup syarikat yang mengalami kerugian selama tiga tahun berturuttu­rut.

“Sektor pelanconga­n dilihat mempunyai potensi besar untuk dibangunka­n selain usaha untuk memajukan industri makanan yang dapat menghasilk­an pulangan pelaburan besar pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Kumpulan Yayasan Sabah di Kota Kinabalu pada Rabu.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal dan isteri Datin Seri Panglima Shuryani Shuaib menjadi tetamu kehormat majlis itu.

Jamalul berkata, dalam tempoh lima tahun ini, pengurusan syarikat turut menetapkan beberapa Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk dicapai.

“Pelbagai cabaran perlu dihadapi Kumpulan Yayasan Sabah dalam mencapai sasaran yang ditetapkan ini termasukla­h keadaan ekonomi yang tidak menentu serta harga minyak kelapa sawit mentah yang sentiasa berubah.

“Selain itu, peningkata­n kos operasi dan belanjawan yang lebih mencabar dengan kedudukan kewangan yang kurang memberangs­angkan turut menjadi cabaran,” jelasnya.

Beliau berkata, tahun lepas keuntungan sebelum cukai yang diperoleh Kumpulan ICSB adalah sebanyak RM126 juta.

Menurutnya, bagi jumlah dividen, sebanyak RM77 juta diterima daripada anak-anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah.

Justeru, beliau berharap anak-anak syarikat akan terus menyumbang dividen bagi memastikan program sosial Kumpulan Yayasan Sabah terus dilaksanak­an.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SHAFIE (tengah) dan Jamalul (tiga kiri) merakamkan kenangan bersama kakitangan Yayasan Sabah yang menerima anugerah pada majlis itu. Gambar Jabatan Penerangan
SHAFIE (tengah) dan Jamalul (tiga kiri) merakamkan kenangan bersama kakitangan Yayasan Sabah yang menerima anugerah pada majlis itu. Gambar Jabatan Penerangan
 ??  ?? WARGA Kumpulan Yayasan Sabah berkesempa­tan bergambar bersama Shafie (tengah) dan tetamu jemputan lain.
WARGA Kumpulan Yayasan Sabah berkesempa­tan bergambar bersama Shafie (tengah) dan tetamu jemputan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia