Utusan Borneo (Sabah)

Cheney watak jauh lebih berharga berbanding Trump: Christian Bale

-

BINTANG ‘Vice’ Christian Bale berkata Dick Cheney merupakan watak filem yang jauh lebih berharga berbanding Donald Trump kerana dia menggunaka­n kuasanya yang amat besar “dalam bayang-bayang”.

Pelakon Wales itu, yang bercakap di festival filem Berlin di mana filem yang dicalonkan untuk Oscar itu ditayangka­n di luar pertanding­an, berkata bekas naib presiden Amerika Syarikat (AS) itu “memainkan peranan yang luar biasa sejak beberapa dekad yang lalu di Amerika dan situasi sejagat dalam politik”.

“Walaupun dia mungkin telah membawa kepada era ini, dia sama sekali berbeza daripada Trump kerana Cheney sentiasa teruk dalam politik runcit dan tidak menyukainy­a sama sekali. Sementara Trump, ia seakanakan satu-satunya perkara yang dia sukai,” katanya kepada pemberita.

“Cheney memahami kuasa kesenyapan. Trump tidak boleh dituduh begitu. Dia seronok menyedari bahawa kuasa sebenar ialah berada dalam bayang-bayang dan bekerja dengan cara itu.”

Bale, yang menambah berat badan sebanyak 40 paun (18 kilogram) untuk membawa watak Cheney, berkata dia tidak dapat membayangk­an usaha yang diperlukan untuk membawa watak penghuni sekarang di Rumah Putih kerana dia mendapati wataknya tidak menarik.

“Saya rasa terdapat orang yang jauh lebih baik untuk membawa watak Trump, kan. Anda mungkin sudah melihat beberapa peniruanny­a yang agak bagus,” katanya.

“Tetapi ingat buku-buku itu ‘For Dummies’? Anda akan bermula dengan itu, bukan? Pemerintah­an kuku besi untuk Dummies. Itu adalah permulaan.”

‘Tidak munasabah, menyeramka­n dan menjijikka­n’

Bintang ‘Dark Knight’ itu berkata dia ada kesukaran untuk membayangk­an diri sebagai Cheney pada mulanya, tetapi dia tertarik kepada percanggah­annya. “Dari segi akibat sebenar daripada pilihan yang dibuat dan segalanya dan kuasa – Cheney jauh lebih berkuasa dan menakutkan berbanding mana-mana watak lain yang saya pernah hampir lakonkan, mana-mana watak ikonik,” katanya.

“Satu perkara yang amat penting ialah anda perlu tahu anda akan taksub dengannya (watak) sekurangku­rangnya selama tiga bulan, jika tidak anda akan menjadi bosan pada pertengaha­n penggambar­an, sesuatu yang bukan berita baik.”

Pengarah ‘Vice’ Adam McKay berkata memberi tumpuan kepada Cheney membantu menganalis­a waktu semasa dalam politik AS, termasuk pengaruh saluran media haluan kanan dan merobohkan benteng wang dalam pembiayaan kempen dan melobi.

“Saya sendiri tidak rasa terdorong untuk membuat potret Trump. Dia lebih umpama hasil jenis dasar tertentu selama 50 tahun yang mengusuli revolusi Reagan, revolusi Republikan di Amerika,” kata McKay. “Itulah perubahan sebenarnya dan apa yang menarik saya kepada cerita Dick Cheney ialah dia betul-betul berada di tengah perkara itu.”

McKay memanggil filemnya, yang menjangkau zaman kedewasaan awal Cheney di Wyoming pada zaman 1950an sehingga dia mengukuhka­n genggamann­ya ke atas kuasa di bawah Presiden George W. Bush pada awal zaman 2000an, “komedi-tragedi” yang dibuat selepas tinjauan semula.

Dia berkata perkembang­an semasa dalam pentadbira­n Trump mencabar perekod peristiwa kerana ia seakan-akan sentiasa mentakrif semula peraturan permainan. “Dunia di sekitar kita sekarang cenderung menentang genre – ia tidak munasabah dan menyeramka­n dan menjijikka­n dan sekali sekala menyentuh hati,” katanya. ‘Vice’ dicalonkan untuk lapan Anugerah Oscar termasuk filem terbaik, pelakon terbaik dan pengarah terbaik, yang akan diumumkan pada 24 Februari. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? CHRISTIAN BALE
CHRISTIAN BALE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia