Utusan Borneo (Sabah)

Pemilik premis kecantikan didenda miliki 3 keluaran tidak berdaftar

Miliki tiga keluaran tidak berdaftar

- Oleh CLARICE USOP

KOTAK INA BALU: Seorang pemilik premis kecantikan dikenakan denda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana memiliki tiga jenis keluaran yang tidak berdaftar.

Hakim Noor Hafizah Mohamad Salim menjatuhka­n hukuman itu terhadap Yong Nyuk Jin@ Helen, 69, selepas mengaku salah atas pertuduhan terbabit.

Tertuduh memiliki produk tidak berdaftar Laroscorbi­ne Platinium E-VF sebanyak tujuh botol kecil, Vitamine B12 Gerda enam botol dan

Blotine Bayer empat botol. Kesalahan itu didapati dilakukan pada 9 Ogos tahun lalu jam 12.25 tengah hari di Ideal World Beauty Centre, Centre Point di sini.

Untuk itu, Yong didakwa mengikut Seksyen 7 (1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang menjadi kesalahan mengikut Peraturan 30 (1) peraturan sama dihukum mengikut Seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952.

Hukuman yang diperuntuk­kan jika sabit salah, denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara selama tempoh tiga tahun, atau kedua-duanya.

Semasa rayuan, tertuduh menyatakan dirinya seorang ibu tunggal dan merayu jumlah denda yang dikenakan terhadapny­a dikurangka­n.

Dalam pada itu, jika gagal membayar denda berkenaan mahkamah memerintah­kan penjara selama 30 hari dikenakan.

Sementara itu, tiga lelaki warga asing dikenakan penjara dan sebat selepas mengaku salah memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.

Herman Gabrial, 25, dikenakan penjara lima bulan dan satu sebat, Jatulah Abdullah dan Dhanis Semy masing-masing berusia 19 tahun menjalani pemenjaraa­n selama empat bulan.

Mereka disabitkan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara selama lima tahun dengan tidak lebih enam sebatan.

Semua tertuduh ditangkap pihak berkuasa kerana tidak memiliki dokumen yang sah untuk menetap di negara ini, pada 29 September tahun lalu dan 31 Januari hingga 9 Februari.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz memerintah­kan tempoh hukuman ketiga-tiga tertuduh dikira dari tarikh tangkap.

Selepas tamat menjalani pemenjaraa­n mereka akan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia