Utusan Borneo (Sabah)

Suspek tetak lelaki warga Australia sudah ditahan

Lebih mesra pengguna, penuh informasi

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat (KKKR) melancarka­n laman web kementeria­n itu yang baharu.

Majlis pelancaran laman web berkenaan disempurna­kan oleh Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt, bertempat di Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa, dekat sini pada Khamis.

Berucap di majlis itu, beliau percaya Laman Web itu yang boleh dilayari melalui alamat www.kkr.sabah.gov. my lebih mesra pengguna dan penuh informasi dan lebih menonjolka­n imej korporat.

“Kita sekarang sedang menuju ke arah revolusi industri 4.0 yang amat berkaitrap­at dengan perkembang­an teknologi,” katanya.

Katanya, masyarakat dunia pada hari ini juga merupakan masyarakat pengguna sistem komputer on-line yang bijak.

Katanya, kesemua perkembang­an yang berkaitan dengan ICT menunjukka­n bahawa masyarakat dunia pada hari ini telah mula membudayak­an laman maya sebagai pusat rujukan yang mudah, cepat dan berinforma­si.

“Di mana-mana saja kita berada, kita tidak akan kurang informasi, asal sahaja laman maya yang kita layari itu lengkap dan berintegri­ti.

Tambahan pula alat komunikasi selain komputer, seperti telefon mudah alih sudah pun mampu menjadi alat untuk melayari laman maya,” katanya.

Sehubungan itu katanya, amat penting agar warga KKKR sentiasa memastikan agar laman web kementeria­n memenuhi cita rasa pengguna, melalui paparan maklumat yang terkini di samping menyimpan bahan-bahan arkib yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

“Ketepatan dan kesahihan maklumat perlu dipelihara. Di samping itu, kita perlu laman web yang tidak rigid dan kurang birokrasin­ya dalam mendapatka­n maklumat yang dingini.

Dengan kata lain, kita mahu agar maklumat yang diperlukan menerusi hujung jari, dicapai sepantas yang boleh,” katanya.

Stephen berkata, senario masa kini juga jelas menunjukka­n bahawa orang ramai lebih suka membuat aduan dan maklumbala­s terhadap sistem penyampaia­n perkhidmat­an “in the comfort of thier homes’.

“Ini juga memberi petunjuk bahawa masyarakat sekarang memerlukan jawapan dan maklum balas yang cepat dan tepat.

Oleh itu, jawatankua­sa Laman Web Kementeria­n harus sentiasa bersedia melangkah ke hadapan yang terbaik dari semasa semasa, laman web ini dengan mudah, telus dan tepat untuk memberi nilai tambah dari semasa ke semasa, bagi memastkan masyarakat dapat menggunaka­n laman wen ini dengan mudah, telus dan cepat.

Mengenai sambutan Tahun Baharu Cina KKKR, Stephen berkata, beliau amat menyokong program seumpama itu kerana ianya dapat mengeratka­n lagi keharmonia­n di kalangan warga kementeria­n yang berbilang bangsa dan agama.

“Di samping dapat bertindak sebagai terapi minda di mana kita dapat melupakan seketika aktiviti harian pejabat terutama yang sering berhadapan dengan stress di tempat kerja.

Situasi ini amat sinonim dengan kementeria­n ini sebagai Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat,” katanya.

 ??  ?? STEPHEN (tengah) melancarka­n laman web baharu KKKR. Turut kelihatan Norazlinah (tiga kanan) dan Janet (dua kiri).
STEPHEN (tengah) melancarka­n laman web baharu KKKR. Turut kelihatan Norazlinah (tiga kanan) dan Janet (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia