Utusan Borneo (Sabah)

Kontinjen Sabah ketiga terbaik Ops Selamat 14/2019

- -Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik Kontinjen Sabah terpilih ketiga terbaik selepas mempamerka­n penugasan cemerlang sepanjang

Ops Selamat 14/2019 dilaksanak­an tahun ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata pihaknya berjaya menurunkan jumlah kemalangan maut sepanjang tempoh operasi berbanding tahun sebelumnya melalui rondaan serta penugasan di seluruh Sabah.

“Bagi Op Selamat 12/2018 statistik merekodkan sebanyak 13 kemalangan maut membabitka­n 13 kematian dan jumlah ini dapat dikurangka­n hanya 7 kes bersamaan penurunan 86 peratus tahun ini.

“Op Selamat kali ini merekodkan 724 kes tahun ini iaitu menunjukka­n peningkata­n sebanyak satu peratus berbanding hanya 720 kes pada tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perhimpuna­n Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada Khamis.

Omar berkata sepanjang tempoh Op Selamat yang dilancarka­n pada 29 Januari lalu dan berakhir pada 12 Februari lalu tidak merekodkan sebarang kejadian pecah rumah di kediaman penduduk yang ditinggalk­an sepanjang ketiadaan penghuni.

“Kita berjaya melaksanak­an sebanyak 2,579 rondaan daripada Unit Rondaan Bermotosik­al termasukla­h URB, MPV, Bit patrol dan lain-lain bahagian di seluruh premis dan kawasan perumahan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata Op Limau yang dimulakan sejak awal bulan ini berjaya menahan 97 individu terlibat kegiatan judi dan polis turut merampas sejumlah RM74,024 wang tunai yang digunakan untuk kegiatan terbabit

Sementara itu beliau berkata bersesuaia­n dengan fenomena di permulaan awal tahun beberapa jenayah indeks menunjukka­n sedikit peningkata­n dan keadaan ini adalah biasa bagi Sabah.

“Jenayah harta benda menunjukka­n peningkata­n sebanyak 18.90 peratus manakala jenayah kekerasan berjaya diturunkan melalui rampasan sebanyak 12 laras senjata buatan sendiri iaitu bakakuk dan 21 suspek ditahan berbanding hanya lima laras dan sembilan ditahan pada tahun sebelumnya,” katanya.

 ??  ?? OMAR memeriksa barisan kawalan kehormat semasa Majlis Perhimpuna­n Bulanan di IPK Sabah.
OMAR memeriksa barisan kawalan kehormat semasa Majlis Perhimpuna­n Bulanan di IPK Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia