Utusan Borneo (Sabah)

Roy sudah ditahan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

TUARAN: Suspek yang menetak seorang lelaki warga Australia di Kampung Kiwoi di sini bulan lalu berjaya ditahan pihak polis petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superinten­dan Dzulbahari­n Ismail berkata suspek yang dikenali sebagai Roy, 36 ditahan di Kampung Saga Likas kira-kira jam 1 petang.

“Suspek dikesan dalam keadaan mencurigak­an di kawasan semak Kampung Saga oleh sepasukan polis dari cawangan Ronda Jenayah Balai Polis Inanam.

“Sebaik menyedari kehadiran anggota polis, suspek bertindak melarikan diri bagaimanap­un kepantasan polis berjaya menahan suspek di sebuah rumah tidak bernombor di sini.

“Semasa penahanan itu berlakunya pergelutan antara pihak polis dan suspek yang cuba bertindak agresif,” katanya.

Dzulbahari­n berkata suspek kemudianny­a dibawa balik ke Balai Polis Inanam sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran untuk tindakan selanjutny­a.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku menetak mangsa menggunaka­n parang disebabkan berlakunya salah faham antara mereka.

“Suspek yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri kini direman dan untuk disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan ,” katanya.

Kira-kira jam 2.49 petang pada 24 Januari, mangsa berumur 46 tahun yang juga pemilik inap desa mengalami kecederaan akibat ditetak pada kedua-dua bahagian lengan dan belakang kepala.

 ??  ?? ROY
ROY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia