Utusan Borneo (Sabah)

13 terima padah merokok di lapangan terbang

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Tindakan 13 perokok tegar merokok di Lapangan Terbang Tawau (L T T) menerima padah apabila dikenakan notis kompaun oleh Jabatan Kesihatan dalam Operasi PPKHT Siri III di kawasan berkenaan pada Rabu.

Pegawai Kesihatan Persekitar­an Tawau Rahman Sampe berkata kesemua pesalah terbabit diberikan Notis 32B kerana merokok di kawasan larangan iaitu di LTT.

“Setiap pesalah dikenakan kompaun sebanyak RM250 seorang dan mereka boleh membuat pembayaran di Pejabat Kesihatan terdekat,” katanya di sini pada Khamis.

Rahman berkata mereka yang gagal melunaskan bayaran kompaun berkenaan dalam tempoh 30 hari selepas notis terbabit dikeluarka­n boleh diambil tindakan mahkamah.

Menurutnya, sabit kesalahan seseorang pesalah boleh didenda maksimum sehingga RM10, 000 atau penjara tidak lebih dari tempoh dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Tindakan diambil mengikut peruntukan Peraturan 11 (1) (g) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT) kerana merokok di kawasan larangan.

“Operasi di LTT itu diketuai oleh pegawai, Rapeh Mail dan disertai seramai 10 anggota sebagai menunjukka­n komitmen kita menguatkua­sakan peraturan ditetapkan.

“LTT lokasi tumpuan berdasarka­n aduan yang kita terima bahawa kes perokok tegar ditemui melakukan kesalahan itu di kawasan terbabit kerap ditemui,” katanya.

Mengulas hasil operasi yang dijalankan, beliau berkata pihaknya mendapati setakat ini masih ramai perokok tegar yang tidak mengendahk­an tanda peringatan larangan merokok yang dipasang di LTT.

Berikutan itu, beliau mengingatk­an orang awam supaya tidak merokok di kawasan premis kerajaan khususnya di LTT, stesen bas, stesen minyak dan lokasi berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia