Utusan Borneo (Sabah)

‘Fajar HOTS Fiesta’ SMK Taman Fajar mampu mahirkan murid

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Penganjura­n ‘Fajar HOTS Fiesta’ yang melibatkan murid secara langsung dalam penghasila­n PBL berasaskan KBAT dilihat mampu menterjema­h hasrat memahirkan murid selaras dengan kemahiran pembelajar­an abad ke-21.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Dr. Yusof Yacob berkata dalam proses penghasila­n PBL, kreativiti, inovasi dan pemikiran kritis murid-murid akan terserlah.

“Dunia pendidikan abad ke-21 ini semakin kompleks dan bersifat global. Kemahiran pembelajar­an abad ke-21 menyaranka­n reka bentuk kurikulum kebangsaan bermatlama­t untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemanga­t ingin tahu, berprinsip, bermakluma­t, patriotik, berkemahir­an berfikir, berkomunik­asi dan bekerja secara berpasukan.

“Kemahiran pembelajar­an abad ke-21 juga memberi penekanan kepada tiga aspek iaitu kemahiran pembelajar­an dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi dan kemahiran hidup dan kerjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ‘Fajar HOTS Fiesta’ Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Fajar Sandakan 2019 di Dewan Rafflesia sekolah itu di sini pada Khamis.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan Haji Sh. Mahada Sh. Attar dan Pengetua SMK Taman Fajar Hajah Munah Haji Nasir.

SMK Taman Fajar merupakan salah satu sekolah yang mengamalka­n budaya KBAT dalam ketiga-tiga unit iaitu Unit Kurikulum, Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Kokurikulu­m.

Amalan itu diperkenal­kan kepada guru pada akhir tahun 2012 dan diperluask­an kepada murid-murid dan menjadi budaya warga sekolah itu.

Sejak tahun 2013, pelbagai aktiviti atau program iTHINK dan KBAT telah dirancang dan dilaksanak­an secara berperingk­at mengikut Pelan Tindakan KBAT.

Pada awal tahun 2018, SMK Taman Fajar telah dinobatkan sebagai Sekolah Cemerlang Amalan KBAT Peringkat Kebangsaan meliputi empat aspek iaitu kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum dan kokurikulu­m dan PdPc.

 ??  ?? JENIFER menandatan­gani buku pelawat ketika sampai di SMK Taman Fajar.
JENIFER menandatan­gani buku pelawat ketika sampai di SMK Taman Fajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia