Utusan Borneo (Sabah)

Keluarga daif dapat perhatian JPKA, Jheains

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Akibat ditularkan sejak Rabu lepas, keluarga yang tinggal menumpang di bangunan lama bekas kolam renang Taman Rimba telah mendapat perhatian pemimpin kerajaan, Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am (JPKA), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dan masyarakat Sandakan.

Sejak semalam sehingga hari ini, keluarga yang hidup daif itu dikunjungi pelbagai pihak dengan menghulurk­an pelbagai sumbangan kepada keluarga tersebut.

Ridwan yang tinggal bersama empat orang anaknya berumur 14 hingga 9 tahun dan ibu kandungnya.

Kunjungan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Gum-Gum, Haji Jasni Badali telah membawa sinar baharu kepada keluarga itu selepas ditawarkan bekerja menjaga kebun serta disediakan sebuah rumah di kebunnya di Batu 19.

Haji Jasni berkata dia telah berbincang dengan pihak JPKA agar menghantar keluarga itu ke rumahnya sementara waktu sementara menunggu rumah di kebunnya disiapkan.

“Saya juga meminta agar pihak JPKA memberi bantuan kewangan bulanan kepada keluarga itu,” katanya.

Beliau amat tersentuh dengan kedaifan keluarga berkenaan dan sebagai salah seorang pemimpin mewakili kerajaan adalah wajar bantuan perlu dihulurkan dalam meringanka­n beban keluarga berkenaan.

“Saya difahamkan Riduan sebelum ini bekerja dengan sebuah syarikat tetapi tidak mendapat bayaran sewajarnya sehingga berhenti kerja,” katanya.

Haji Jasnih berkata keluarga berkenaan bersetuju bagi menerima tawaran yang dibincangk­annya.

Pemimpin yang turut melawat keluarga itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilantik, Jaffari William.

 ??  ?? HAJI Jasni bersama Jaffari bersama pemimpin serta pegawai kerajaan bergambar bersama keluarga berkenaan.
HAJI Jasni bersama Jaffari bersama pemimpin serta pegawai kerajaan bergambar bersama keluarga berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia