Utusan Borneo (Sabah)

Dua nelayan hilang ditemukan selamat

- VIVI OLVIANA NAJURUS Oleh

KUDAT: Dua nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot mereka mengalami kerosakan sebelum hanyut berjaya ditemukan dalam keadaan selamat.

Pengarah Maritim Sabah Laksamana Muda (Maritim) Kamaruszam­an Abu Hassan berkata kedua-dua nelayan tempatan berumur lingkungan 16 hingga 39 tahun itu ditemukan di 3.1 batu nautika bahagian timur Tanjung Agung-Agung di sini.

“Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) segera dijalankan menggunaka­n dua bot ronda Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sebaik menerima panggilan kecemasan berkenaan kehilangan mangsa.

“Tindakan pantas anggota Maritim Malaysia berjaya menemukan mangsa dalam keadaan selamat sebelum membantu menunda bot mangsa ke jeti asal iaitu Tanjung Kapor,” katanya.

Dalam pada itu katanya pihaknya turut memberikan bantuan kepada bot Sealegs milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang rosak semasa dalam perjalanan dari arah Pulau Banggi menuju ke Kudat.

“Bot yang dinaiki sembilan anggota APM mengalami kerosakan di 5.8 batu nautika Timur Laut Tanjung Tajau di sini.

“Kita memberikan bantuan termasuk menunda bot ke Jeti Marina sebelum kerja pembaikan dijalankan,” katanya.

Menurutnya jalinan kerjasama erat antara agensi kerajaan adalah salah satu tunjang dalam membentuk sebuah negara aman, damai dan harmoni selain meningkatk­an produktivi­ti serta keberhasil­an agensi terbabit.

Tambahnya Maritim Malaysia juga sedia menghulurk­an bantuan serta menjalinka­n kerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan selaras fungsi agensi ini.

 ??  ?? MARITIM Malaysia menunda bot mangsa yang rosak di perairan Kudat.
MARITIM Malaysia menunda bot mangsa yang rosak di perairan Kudat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia