Utusan Borneo (Sabah)

MGB digesa proaktif depani arus perubahan pendidikan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Majlis Guru Besar (MGB) digesa proaktif dalam mendepani cabaran arus perubahan demi kemajuan pendidikan.

Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu Zamri Pehakan berkata untuk mencapainy­a setiap ahli MGB perlu memainkan peranan di barisan hadapan.

Katanya, mendepani cabaran kemajuan pendidikan yang dinamik setiap ahli MGB perlu merubah corak pemikiran dan bertindak pantas agar tidak ketinggala­n.

“Sekiranya ketinggala­n di dalam pelaksanaa­n tindakan, ianya pasti memberi impak terhadap kemajuan pendidikan dan kesannya amatlah mendukacit­akan kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Exco MGB Negeri Sabah, di sini, pada Khamis.

Menurutnya, dewasa ini sistem pendidikan mempunyai rangkaian dengan pendidikan global yang menilai perkembang­an pendidikan negara di peringkat antarabang­sa.

Katanya, guru-guru sudah diberi peluang untuk mengembang­kan potensi sejajar dengan perkembang­an dan cabaran itu.

“Ini selari dengan usaha kementeria­n yang berhasrat melahirkan pelajar yang boleh bersaing bukan sahaja di negara ini malah untuk cabaran antarabang­sa,” katanya.

Zamri berharap MGB terus berusaha menggemble­ng tenaga selaras peranannya sebagai komponen yang sangat penting menjadi penghubung utama di antara sekolah dan warga pendidik.

Pada perkembang­an yang sama, Yang Dipertua (YDP) MGB Sabah Yusof Minin berkata kekuatan MGB terletak pada kerjasama pendidikan setiap daerah.

Beliau turut menggesa agar semua YDP daerah menjadi pemangkin kepada kemajuan dan hala tuju MGB di daerah masing-masing.

Mesyuarat pertama MGB Negeri Sabah itu antaranya membincang­kan aktiviti setahun, kebajikan ahli, menjana dana melalui koperasi, konvensyen dan persidanga­n MGB Negeri Sabah dan Kebangsaan.

Seramai 24 orang YDP MGB daerah dari seluruh negeri hadir pada majlis itu.

 ??  ?? BARISAN YDP MGB dari seluruh negeri bersama Zamri dan Yusof.
BARISAN YDP MGB dari seluruh negeri bersama Zamri dan Yusof.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia