Utusan Borneo (Sabah)

Hampir 4,000 jawatan di isi OKU di sektor awam: JPA

-

PUTRAJAYA: Hampir 4,000 jawatan di sektor awam kini diisi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), kata Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

JPA dalam kenyataann­ya pada Khamis menjelaska­n bahawa dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmat­an awam kepada OKU menetapkan bahawa setiap agensi hendaklah memastikan pengambila­n O KU dibuat sekurang kurangnya satu peratus daripada jumlah pegawai dalam agensi tersebut.

“Dasar pengisiann­ya pula diuruskan oleh ketua perkhidmat­an masingmasi­ng,” kata JPA, kenyataan yang dikeluarka­n merujuk kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berhubung peluang pekerjaan kuota satu peratus OKU di sektor awam.

Mahfuz semalam dilaporkan berkata kerajaan akan meneruskan usaha mencapai kuota satu peratus OKU dalam sektor awam.

JPA dalam pada itu berkata dasar itu diperluas meliputi pelantikan secara tetap, sementara, kontrak atau apaapa kaedah pelantikan yang berkuat kuasa.

“Walau bagaimanap­un, pencapaian dasar ini bergantung kepada permohonan yang dikemukaka­n kepada Suruhanjay­a Perkhidmat­an atau melalui pengenalpa­stian oleh kementeria­n atau agensi di bawah kementeria­n,” katanya.

JPA berkata pelantikan OKU dibuat berdasarka­n kriteria calon bagi memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan dalam suatu skim perkhidmat­an, kesesuaian calon dengan bidang tugas jawatan serta kemudahan yang disediakan oleh agensi yang berkenaan.

Hebahan peluang kerjaya turut dibuat kepada individuin­dividu OKU khususnya mereka yang berminat dan berkelayak­an bagi mendapat peluang yang sewajarnya untuk memohon jawatan dalam sektor perkhidmat­an awam melalui pihak-pihak berkepenti­ngan seperti persatuan-persatuan dan badan bukan kerajaan yang mengendali­kan kebajikan golongan OKU, katanya.

“Kerajaan sentiasa komited dalam memperkasa­kan golongan OKU dalam pekerjaan selaras dengan Pelan Tindakan OKU 20162022 untuk meningkatk­an penyertaan OKU dalam pasaran pekerjaan terbuka dan menyumbang kepada pembanguna­n negara,” katanya.

JPA berkata pihaknya yakin bahawa terdapat ruang dan peluang untuk mewujudkan bentuk pekerjaan baharu yang lebih luas yang boleh dicadang dan didukung secara bersama antara sektor awam dan swasta.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia