Utusan Borneo (Sabah)

Pengedar, tiga penagih diberkas

Hasil Ops Tapis di Kg Wawasan Satu

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga asing disyaki pengedar dadah nekad memanjat bumbung rumah untuk melarikan diri dari ditahan polis dalam Ops Tapis di Kampung Wawasan Satu, Jalan Dam, pada Rabu.

Suspek yang mempunyai empat kes jenayah lampau termasuk cubaan membunuh bagaimanap­un berjaya ditangkap dalam keadaan cedera di bahagian muka, tangan kanan dan kedua-dua pergelanga­n kaki.

Syabu yang dirampas pula anggaran berat 51.60 gram dengan anggaran nilai RM7,740.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 petang apabila anggota bertugas menahan

BUMBUNG rumah roboh sehingga suspek jatuh.

seorang lelaki berusia 39 tahun bertindak agresif melarikan diri dari lokasi.

“Suspek bertindak agresif serta cuba melarikan diri menuju ke sebuah rumah, lalu memanjat zink dan siling hingga menyebabka­n kerosakan di bahagian bumbung rumah itu.

“Suspek bagaimanap­un berjaya ditangkap setelah berlaku pergelutan dengan anggota operasi,” katanya.

Nasri berkata, semasa pemeriksaa­n badan pada seluar warna coklat di bahagian poket kanan suspek dijumpai satu paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki syabu dengan anggaran berat 51.10 gram.

Satu lagi paket plastik lutsinar berisi empat paket lutsinar setiap satu berisi ketulan hablur jenih disyaki syabu anggaran berat 0.50 gram.

Dijumpai juga satu paket plastik lutsinar berisi 30 gulung kertas timah.

“Suspek mengaku ada memasukkan dadah ke dalam tubuh badannya dan hasil ujian saringan awal suspek positif dadah jenis Methamphet­amine dan Amphetamin­e,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Sebelum ini suspek pernah melakukan jenayah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 di Tawau pada 2015.

Dua lagi rekod di Lahad Datu pada 2016 Seksyen 39A(2) ADB 1952 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Pada kes yang sama, tiga lagi suspek termasuk seorang wanita ditahan ketika sedang leka mengambil dadah di rumah yang diserbu itu.

Hasil siasatan, suspek berumur antara 20 hingga 56 tahun itu positif dadah dan turut mempunyai rekod jenayah lampau.

Rumah kongsi empat pintu yang diserbu itu disewa suspek untuk dijadikan tempat aktiviti penyalahgu­naan dadah.

 ??  ?? TIGA lagi suspek turut ditahan.
TIGA lagi suspek turut ditahan.
 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK dan syabu yang dijumpai.
SUSPEK dan syabu yang dijumpai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia